Untunglah Orang Putrajaya Tak Perlu Menapak Untuk Barang Xiaomi

Share Button

Dengar cerita kedai fizikal Apple akan dibuka di Thailand selepas Singapura jadi yang pertama di rantau Asia Tenggara. Tidak mengapalah kalau nak langkah bendul Kuala Lumpur pun, sebab kita ada Xiaomi. Selepas Queensbay Mall dan KLCC, Xiaomi dilapor akan membuka stor ketiga mereka di IOI City Mall.

Beberapa keping gambar telah dikirimkan kepada kami menunjukkan penyelang sementara sudahpun didirikan di salah sebuah unit kedai di IOI City Mall yang memaparkan logo Mi terpampang padanya.

Tahun ini saja Xiaomi telah membuka tiga kedai mereka di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa negara kita adalah pasaran utama syarikat itu. Xiaomi juga dilihat telah perlahan-lahan menggunakan pendekatan kedai fizikal selepas strategi dalam talian mereka dilihat sudah mencapai ketepuan.

Lepas ini “orang kerajaan” di Putrajaya bolehlah beli-belah barang Xiaomi semasa waktu rehat panjang hari Jumaat.

[Sumber: Qayyum Hamid]

Apa komen anda?