Telegram Is Down, Jutaan Pengguna Asia Terjejas

Share Button

Kemas kini pada 20 September 2017, 5:39 petang

Perkhidmatan Telegram dimaklumkan sudah pulih


Pesaing hebat perkhidmatan permesejan Whatsapp, Telegram, hari ini berdepan dengan masalah apabila pelayan mereka terputus bekalan elektrik. Masalah yang melanda pelayan yang terletak di Singapura itu menyebabkan jutaan pengguna Telegram di rantau Asia terputus perhubungan.

Berbanding Whatsapp, Telegram terlebih dahulu memperkenalkan fungsi penyulitan (encryption) hujung-ke-hujung untuk penggunannya. Ia bermakan tiada siapa boleh memintas kandungan mesej pengguna termasuklah pihak Telegram sendiri.

Setakat Februari 2016, mereka memaklumkan terdapat 100 juta pengguna aktif di seluruh dunia menggunakan Telegram dan menghantar lebih 15 billion mesej sehari. Walaupun angka itu tidak sebanyak Whatsapp, sesetengah pengguna lebih menggemari Telegram dek kekayaan fungsi berbanding Whatsapp.

 

Apa komen anda?