Telefon Android One pertama Xiaomi makin hampir tiba

Share Button

Telefon pertama Xiaomi yang dikuasakan Android One semakin hampir tiba. Semasa pelancaran di India, ia telah dimaklumkan akan mula dijual di Malaysia pada hujung bulan September ini. Kini ia disahkan oleh DirectD, salah satu penjual peranti terkemuka di Lembah Klang.

DirectD memaklumkan akan membuka tempahan telefon pintar Mi A1 tidak lama lagi. Ia bukannya set import, sebaliknya adalah set rasmi yang dijamin oleh Xiaomi Malaysia.

COMING SOON!!

ANDROID ONE – Created by Xiaomi, Powered by Google.

Mi A1 Key features:
5.5′ FULL HD, ANDRIOD…

Posted by DirectD on Tuesday, September 12, 2017


Harga rasmi Mi A1 di Malaysia masih belum didedahkan, tetapi melihatkan harga pelancarannya di India iaitu INR14,999, berkemungkinan harga dalam Ringgit Malaysia akan mencecah sekitar RM999 ke RM1,099.

Seperti biasa, harga peranti Xiaomi ini sangat berbaloi. Pertama kerana ia menggunakan sistem operasi tulen Android tanpa ubahsuai. Ini menjamin kemaskini yang pantas sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Ia akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo pada tahun ini, malah akan turut mendapat Android P selepas dilancarkan kelak.

Kedua, perkakas yang digunakan di dalam MI A1, semestinya setaraf dengan jenama lain yang lebih mahal. Ia memiliki skrin HD penuh 5.5-inci, pemproses Snapdragon 625, 4GB RAM, 64GB storan dan sedia menerima kad mikroSD. Satu-satunya pencabar harganya adalah Redmi Note 4.

Tetapi Mi A1 dengan mudah menjadi pilihan yang lebih baik dari Redmi Note 4 kerana dibekalkan pengecas pantas melalui USB-C, serta kamera berkembar 12MP dengan zum optikal 2x di belakang. Cuma baterinya lebih kecil, hanya 3,080mAh.

Adakah anda tidak sabar untuk memiliki Mi A1 ini? Berapakah harga paling patut untuk Mi A1 di Malaysia? Janganlah kedekut sangat dengan perkiraan tu, tapi bandingkan dengan model lain yang memiliki spesifikasi yang hampir sama.

RM1,099 kira ok laa kan.

[SUMBER: DirectD]

Apa komen anda?