[Tanggapan Awal] Nokia 8 Gugat OnePlus Selaku Pembunuh Flagship?

Share Button

Nokia, setelah menempuhi pelbagai cabaran dalam dunia telefon akhirnya menyertai ekosistem Android. Walaupun agak terlewat, ia adalah sesuatu yang dialu-alukan kerana kehadiran Nokia pastinya memeriahkan lagi parti Android.

Nokia 8 dengan paparan 5.3″ QHD (2560 × 1440)

Mereka telah melancarkan Nokia 3, Nokia 5, dan Nokia 6 tidak lama dulu untuk mengumumkan penyertaan mereka secara rasmi.

Sudah tentu Nokia tidak hanya mahu selesa di bahagian kelas pertengahan. Nokia 8 adalah ahli baru dalam komuniti telefon pintar flagship.

Badan diperbuat daripada sebongkah Alumunium siri 6000

Antara kekuatan Nokia 8 adalah harganya yang pasti menggugat pesaing yang lain. Sungguhpun begitu, ia tetap diberikan komponen-komponen asas yang diperlukan dalam sebuah peranti flagship tahun ini.

TheSkop berpeluang memandu uji Nokia 8 dan apakah pendapat awal kami tentangnya? Teruskan membaca.


Nokia 8: Fizikal

Badan telefon ini ditempa daripada sebongkah aluminium siri 6000 dan ia memberikan rasa berat dan keselesaan apabila berada dalam genggaman. Bahagian depan telefon ini tidak rata tetapi belakangnya memiliki sisi berlekuk untuk yang meningkatkan tahap ergonomik.

Untuk paparan, HMD memberikan telefon ini sekeping LCD sebesar 5.3″ daripada jenis IPS dengan resolusi 2K. Memang tajam paparan ini, menggunakan lensa makro pun masih susah untuk melihat kekotak piksel padanya.

Piksel individu amat sukar dilihat walaupun dilihat menggunakan lensa makro

Melindungi paparan yang menawan ini adalah kaca Gorilla Glass 5 manakala bahagian belakang telefon ini menerima lapisan nanoperlindungan agar rintang daripada kesan cap jari. Pada bahagian atas paparan terletaknya kamera depan bersama-sama logo Nokia.

Kamera dalam positi menegak, sebaris dengan flash dan penembak laser

Kamera depan 13MP dengan autofokus PDAF

Konfigurasi kamera belakang berkembar digunakan pakai oleh telefon ini. Komponen pembidik fokus laser ditempatkan bersama untuk membidik fokus dengan lebih pantas bersama PDAF.

Pengimbas cap jari terletak pada bahagian depan telefon ini dan dia diapit oleh sepasang butang kapasitif. Walau bagaimanapun, butang-butang ini sudah ditetapkan fungsinya; kiri untuk Back dan kanan untuk melihat Recent App.

Pengimbas cap jari diapit butang kapasitif

Implementasi OnePlus terhadap butang kapasitif ternyata lebih menarik kerana butang kapasitif hanya diberikan tanda noktah. Ia boleh diubah fungsinya bergantung pada keselesaan pengguna.

Bahagian bawah telefon ini menempatkan port USB-C disebelah jeriji speaker.

USB-C untuk mengecas bateri 3,090mAh dengan pantas menggunakan QuickCharge 3.0


Nokia 8: Spesifikasi Teknikal dan Sistem Operasi

HMD memaklumkan kehadiran Nokia 8 tidak langsung untuk melawan gergasi yang sudah lama berada dalam gelanggan ini. Selaku ahli pertama Nokia dalam kategori flagship, Nokia 8 hadir memberikan alternatif kepada pengguna.

Pengguna akan menemui cip Snapdragon 835, yang terhebat setakat ini daripada Qualcomm. RAM sebesar 4GB diberikan untuk memproses malkumat. Memang varian 6GB ada, tetapi untuk pasaran Malaysia, varian 4GB diketengahkan dahulu untuk melihat penerimaan pengguna terhadap Nokia 8.

Maklumat Nokia 8 di CPU-Z

Walaupun, kebanyakkan pengeluar sudahpun mula menerokai penggunaan RAM lebih daripada 4GB, Nokia yakin bahawa penggunaan Android tulen akan memberikan pengalaman mengguna yang lancar.

Storan 64GB pada Nokia 8 adalah yang minimum sepatutnya ada pada sebuah flagship 2017. Ia berikutan kemampuan telefon ini merakam video 4K yang pastinya pantas mengisi ruang storan.

Antara muka Nokia 8

Antara muka Nokia 8 pada himpunan Apps dan About

Antara muka Android pada Nokia 8 kami lihat sangat minimalistik dan kosong. Hanya apps asas disediakan dan semuanya daripada Google.

HMD juga memaklumkan yang telefon ini akan menjadi antara yang terpantas menerima Android 8 Oreo. Untuk golongan power user, berita ini pastinya menggembirakan anda.

Anda tak perlu lagi menyelongkar XDA Developer untuk mencari custom ROM.

Bateri sebesar 3,090mAh diberikan pada telefon ini dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0, tetapi tiada teknologi pengecasan wayarles disediakan.


Nokia 8: Kamera & Audio

HMD menyertai arena flagship pada tahun 2017. Sudah tentu produk pertama mereka menggunakan konfigurasi kamera berkembar. Kedudukan kamera belakang agak unik.

Jika dilihat pada Samsung Galaxy Note8, Huawei P10, OnePlus 5, Apple iPhone 7 Plus, dan Xiaomi Mi 6, mereka semua miliki kedudukan kamera berkembar mendatar sebaliknya Nokia 8 menyusun kamera secara menegak.

 

Ketiga-tiga kamera (2 belakang dan 1 depan) menggunakan sensor 13MP dengan apertur F2.0. Salah satu kamera belakangnya hanya menangkap gambar hitam putih manakala hanya kamera RGB diberikan fungsi OIS.

Ciri-ciri lain yang akan anda temui adalah seperti pembidik fokus laser serta PDAF, flash dwitona, dan yang paling penting, adalah kaca optik daripada Zeiss yang memang memberi impak yang padu pada gambar daripada peranti Nokia.

Nokia 8 tidak menggunakan apps kamera Google sebaliknya mereka membangunkan apps kamera mereka sendiri.

Apps kamera Nokia 8 agak mentah. Jika anda pernah menggunakan mana-mana telefon Nokia Lumia, anda pasti tidak berkenan dengan apps kamera pada Nokia.

Kenapalah Nokia tidak menggunakan antaramuka kamera yang ada pada siri Lumia?

Antara muka kamera pada Lumia 1050

Oh ya, mode manual tak langsung memberikan tahap kawalan seperti yang dijangkakan.

Mode manual yang terhad

Mode Manual dalam kamera sepatutnya memberikan kebebasan untuk mengawal  pemboleh ubah seperti:

  1. Metering
  2. Titik Fokus
  3. Shutter Speed
  4. Apertur
  5. ISO
  6. White Balance
  7. EV

Pada Nokia 8, pemboleh ubah yang boleh diubah adalah

  1. Metering
  2. Titik Fokus
  3. White Balance
  4. EV

Mod Manual pada Nokia 8 lebih sesuai dipanggil mode Program.

“Bothie” adalah sesuatu yang baru ingin diperkenalkan oleh HMD pada Nokia 8. Ia adalah evolusi kepada “Wefie” kerana ia bukan saja menggunakan satu kamera, malah Bothie menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak untuk menghasilkan gambar berdimensi baru.

Suapan daripada kamera Bothie boleh digunakan untuk bersiaran langsung pada Youtube ataupun Facebook. Ia adalah yang pertama seumpamanya dalam industri, menurut HMD

Gambar landskap

Gambar jarak dekat

Gambar dari kamera monokrom

Gambar dari kamera RGB

Pada bahagian audio, Nokia 8 disuntik teknologi OZO Audio. Ia adalah teknologi audio spatial yang dibangunkan Nokia.

Menggunakan tiga buah mikrofon yang berkedudukan strategik pada telefon, Nokia 8 mampu membezakan arah dan kekuatan sumber bunyi.

Apabila video dengan audio spatial dimainkan, sumber bunyi akan dimainkan mengikut arah kamera ditujukan. Ia memberikan pengalaman seperti penonton berada di tempat kejadian.


Nokia 8: Analisis Awal

Sebagai telefon flagship Android pertama Nokia 8, ia adalah sebuah telefon yang utuh. Tidak menghairankan kerana ia memang telah tertanam dalam DNA Nokia sejak zaman sebelum Android lagi.

Spesifikasi teknikalnya memenuhi keperluan sebuah telefon premium untuk 2017. Walau bagaimanapun, bahagian kamera, lebih-lebih lagi pada apps kamera masih boleh ditambah baik kerana siri Lumia sudahpun membuktikan keupayaan Nokia memangunkan Apps dengan antara muka yang cantik.

Mode manual, tiada sokongan RAW, dan Cinemgraph perlu dibawa masuk ke Nokia 8 dalam kemas kini berikutnya.

Nokia menyertai ekosistem Android pada waktu yang sukar. Pada kelas atas kita ada pemain seperti Galaxy S8/S8+/Note8 untuk kategori prestasi tinggi manakala Xiaomi Mi 6 untuk kategori mampu milik.

Pada harga RM2,299 ia sedikit mahal berbanding Xiaomi Mi 6 dan hampir menyamai OnePlus 5.

Itulah tanggapan awal TheSkop tentang Nokia 8. Untuk artikel yang akan datang, kami akan masukkan hasil tanda haras, hayat bateri, dan lebih banyak sampel gambar daripada kamera Nokia 8.

Apa komen anda?