Tak tau nak makan mana? Tempah UberEATS je

Share Button

Dari perkhidmatan perkongsian kenderaan, Uber Malaysia kini meluaskan servis mereka dengan melancarkan UberEATS. Ia adalah servis penghantaran makanan, yang memberi kemudahan pengguna membuat tempahan dari peranti pintar.

UberEATS adalah platform yang berbeza dari Uber. Kerana itu anda perlu memuat turun aplikasi lain, yang boleh didapati di Apple Apstore dan Google Playstore.

Dengan tema Tekan Butang & Makan, UberEATS mahu pengguna menikmati makanan yang digemari tanpa perlu menempuhi kesesakan trafik dan mencari parking. Hanya buka aplikasi, pilih makanan yang diingini dan tekan butang Order. Ia akan tiba dalam masa sekitar 30minit.

UberEATS akan mula beroperasi secara rasmi bermula dari 22 September 2017. Untuk permulaan, ia membuat penghantaran hanya di pusat bandaraya Kuala Lumpur, meliputi Bukit Damansara dan Bangsar.

Waktu operasi bermula dari jam 9 pagi hingga tengah malam, bergantung kepada kedai yang terlibat. Kini terdapat lebih 200 kedai makan yang bekerjasama dengan UberEATS. Antaranya ialah Nasi Lemak Antarabangsa, Inside Scoop, Devi’s Corner dan Kayu Nasi Kandar.

Bayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit, masih belum ada pilihan tunai. Caj setiap penghantaran ialah RM5, tanpa tempahan minima. UberEATS juga bekerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cara penghantarannya menepati piawaian Halal JAKIM.

Walaupun begitu, UberEATS juga menawarkan makanan tidak Halal. Tetapi ia diuruskan melalui beg berasingan agar tidak memberi kesan kepada makanan yang Halal.

UberEATS bukan sahaja memudahkan pengguna, malah membuka peluang kepada peniaga untuk mencapai lebih banyak pelanggan. Ia juga menyediakan pekerjaan baru buat penghantar. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.ubereats.com.

Sebagai promosi pengenalan, masukkan kod promosi KLTASTY di dalam aplikasi untuk menikmati penghantaran percuma bagi 3 pesanan, sah sehingga 21 Oktober 2017. Kongsikan juga pengalaman anda di Instagram dengan tanda pagar #UberEATSKL serta tag @UberEATS_MY.

Comments

Apa komen anda?