Sony RX10 IV Dengan Superzum 25X Rakan Baik Paparazzi

Share Button

Sony RX10 IV adalah kamera kompak terbaru dalam keluarga RX. Ia membawakan pelbagai penambahbaikkan berbanding RX10 III. Kamera ini kategori bridge camera. Dalam kategori ini, kameranya mempunyai rupa seperti sebuah DSLR tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk bertukar lensa. 

Ia ditujukan untuk pengguna yang berminat untuk menaik taraf ke dunia DSLR tetapi masih selesa dengan kamera kompak point & shoot.

Pada jantung kamera RX10 IV terdapat sensor 1″ 20.1 MP Exmor RS CMOS. Sensor ini menggunakan teknologi yang sama yang boleh ditemui pada Sony Xperia XZ Premium. Hal ini bermakna, gambar gerak perlahan 960fps bukanlah masalah bagi kamera ini.

Selain itu, bahagian pembidik fokus juga telah dipertingkat. 315 titik PDAF diseluruh sensor ini menyelaputi hampir 65% permukaan sensor.

Pada lensa, RX10 IV memang terkenal dengan keupayaan untuk menjangkau zum yang jauh. Ia memiliki julat fokal antara 24mm hingga 600mm (25X) dengan apertur tak malar antara F2.4 hingga F4.

Jika itu belum mengujakan anda, untuk menjangkau jarak fokal sepanjang 600m dengan apertur F4 pada Canon, ia memerlukan lensa berharga hampir RM50,000!

Untuk memudahkan kawalan, Sony ada menyediakan NFC, Wi-Fi, dan Bluetooth.

RX10 IV akan mula dijual bermula Oktober ini pada harga yang belum diumumkan. Untuk perspektif, model sebelum ini, RX10 III dijual pada harga RM 6,599. Singgah ke laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?