Sony Masukkan Kamera RX100 Dalam Badan Sekecil GoPro

Share Button

GoPro memegang erat pasaran kamera aksi sejak sekian lama. Tapi, Sony sedang ingin mencuba untuk mematahkan dominasi GoPro apabila hadir dengan kamera aksi spesies baru yang dinamakan RX0.

Ringasannya, RX0 adalah gabungan padu hanya yang terbaik daripada dunia GoPro dan kamera kompak tercanggih mereka RX100 Mark V. RX0 memiliki sensor pengimejan sebesar 1″ dengan resolusi 15MP. Ia memiliki lensa berjarak fokal 24mm (setara 35mm) dan apertur seluas F4.

Keteguhan adalah salah satu ciri unik RX0. Bukan saja ia boleh menyelam sehingga 10m tanpa memerlukan perumah tambahan, ia kalis hentakkan sehingga 2 meter tinggi dan tahan tekanan sehingga 2000N.

Sungguhpun kekurangan keupayaan untuk mengezum, RX0 memiliki tahap kemodularan yang tinggi lebih-lebih lagi untuk juruvideo. Ia amat sesuai untuk mengutip B Rolls daripada pelbagai perspektif.

Ia boleh berhubung dengan kamera RX0 yang lain, merakam video slow-mo sepantas 960fps.

Sony RX0 dijual di A.S pada harga USD 700 (RM 2,939) sebuah. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

 

Apa komen anda?