Si Kerdil Xperia XZ1 Compact Ditemui Di Malaysia

Share Button

Peranti flagship Sony untuk 2017, Xperia XZ1, dilancarkan pada minggu lepas. Tapi, ada yang bertanyakan perihal XZ1 Compact yang tidak kelihatan dicelah-celah XZ1 dan XA1 Plus tempoh hari. Hari ini, kami ada jawapannya. Dalam pengkalan data SIRIM sudah ada nama XZ1 Compact yang menerima kelulusan SIRIM pada 19 September bersama-sama XA1 Plus.

Walau bagaimanapun, menurut pengalan data, ia telah diluluskan bersama-sama XA1 Plus. Tapi mengapa hanya XA1 Plus dilancarkan secara rasmi?

XZ1 Compact menjadi bualan ramai kerana ia berada dalam spesies terancam. Mana taknya, sedang kebanyakkan flagship berpusu-pusu untuk menjadi yang terbesar dan nirbingkai, XZ1 Compact kekal berada dalam kelas kompak, seperti iPhone SE.

Pada papan utama, anda akan temui cip Snapdragon 835 dan RAM 4GB. Storan seluas 32GB disediakan tapi boleh diperluas melalui slot mikro-SD.

Satu yang janggal pada telefon ini adalah pada paparannya. Berbekalkan hanya panel HD 720p sebesar 4.6″, sudah tentu pengalaman mengguna yang lancar boleh diramal pada telefon ini kerana CPU dan GPU tidak perlu berkerja keras untuk render gambar beresolusi tinggi.

Lebihan kuasa itu boleh disalurkan ke sensor kamera 19MP Motion Eye, sama seperti yang dimiliki XZ1. Kamera 8MP yang ada di depan pula memiliki jarak fokal 18mm yang memberikan sudut pandang seluas 120 darjah.

Si kerdil ini diberi bateri 2,700mAh dengan fungsi pegecasan pantas dan ia kalis debu/air pada tahap 1P68. Walau bagaimanapun, harga Xperia XZ1 Compact masih belum diumumkan.

Apa komen anda?