Program #EveryoneCanSell Lazada perkasa PKS dengan ilmu digital

Share Button

Bagi merangsang pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia, Lazada hari ini mengumumkan pelancaran Program #EveryoneCanSell. Ia adalah peluang untuk peniaga PKS mengubah konsep jualan mereka kepada digital dengan lebih mudah.

Lazada Malaysia menggerakkan Program #EveryoneCanSell dengan kerjasama dari SME Corp, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Telekom Malaysia Berhad (TM). Lazada Malaysia mensasarkan untuk menarik lebih 50,000 peniaga ke platformnya menjelang tahun 2018.

Datuk Ahmad Maslan (3 dari kiri) merasmikan program #EveryoneCanSell

Majlis perasmian Program #EveryoneCanSell disempurnakan oleh Y.B. Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dalam Persidangan Peniaga E-Dagang Lazada 2017. Ia turut disaksikan oleh wakil dari Lazada, SME Corp, SSM, Maybank dan TM.

Peniaga yang menyertai Program #EveryoneCanSell akan diberi akses kepada latihan eDagang, pendaftaran perniagaan yang lebih mudah, sambungan Internet yang dipertingkatkan bersama alat dan penyelesaian dalam talian.

Mereka juga akan menerima sokongan kewangan menerusi pembiayaan pinjaman dan akaun peniaga yang eksklusif. Para peniaga ini akan diberi sokongan secara rapat pada setiap peringkat perniagaan mereka menerusi penyelesaian-penyelesaian yang disyorkan oleh pelbagai rakan kongsi.

Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, sektor PKS adalah tunggak penting ekonomi Malaysia kerana sektor ini menyumbang hampir 36% kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK). Program #EveryoneCanSell ini mampu menyediakan PKS dengan ekosistem yang tepat untuk bersaing pada peringkat global melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone) yang baru dilancarkan pada tahun ini.

Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia

Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia pula berharap dapat merangsang keupayaan PKS dengan memanfaatkan ekosistem digital #EveryoneCanSell supaya mereka kekal berdaya saing secara dalam talian. Ia juga menyediakan asas latihan buat peniaga mempertingkatkan diri masing-masing yang diperlukan untuk kempen akan datang Lazada pada bulan November, iaitu Online Revolution 2017.

Kepada peniaga PKS yang berminat menyertai Program #EveryoneCanSell ini, boleh mengunjungi laman web www.everyonecansell.com.my.

Apa komen anda?