Pelancaran iPhone 8 dan iPhone X Di Malaysia Semakin Hampir?

Share Button

Ada mata-mata melaporkan bahawa semua ahli keluarga iPhone terbaru, iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X sudahpun menerima kelulusan Sirim pada 25 September. Ia mencerminkan bahawa pelancaran secara rasmi peranti itu di Malaysia akan berlaku tidak lama lagi.

Ia tidak mengejutkan kerana iPhone 8 dan iPhone 8 Plus itu sudahpun mula dijual di negara jiran, Singapura sejak Jumaat, 22 September 2017. Manakala iPhone X dijangka mula dijual 11 November.

 

iPhone 8 dilancarkan pada 13 September yang lalu. Berbanding iPhone 7, tidak banyak perubahan yang boleh dilihat baik daripada segi fizikal, mahupun dalamannya. Yang berbeza hanyalah pada cip pemproses A11 Bionic yang dikatakan 25% lebih pantas berbanding Fusion A10.

Di Australia, penjualan rasmi iPhone 8 disambut hambar seperti yang dilaporkan akhbar tempatan. Ramai berspekulasi bahawa kebanyakkan pengguna lebih berminat untuk mendapatkan iPhone X yang memiliki rekaan yang lebih radikal berbanding iPhone 8.

Tiada harga rasmi diumumkan, tetapi kami sudahpun membuat kira-kira untuk menjangkakan harga keluarga iPhone ini. Jangkaan kami adalah seperti berikut:

  • iPhone 8 64GB = RM3,499
  • iPhone 8 Plus 64GB = RM4,099
  • iPhone X 64GB = RM5,199

Apa komen anda?