Nikmati Internet Tanpa Had Dengan Digi Postpaid 100 Infinite

Share Button

Digi Postpaid 100 Infinite adalah pelan pascabayar terbaru daripada Digi dan yang ketiga menawarkan panggilan suara serta Internet tanpa had selepas 80 Infinite dan 150 Infinite.

Pelanggan pelan 100 Infinite boleh menikmati kuota Internet tanpa had, siang dan malam, walaubagaimanapun pada kelajuan maksimum 5Mbps saja. Panggilan suara tanpa had pula meliputi ke semua rangkaian.

Untuk SMS dan MMS, Digi akan mengenakan bayaran masing-masing 10 sen (selepas 300 SMS percuma) dan 20 sen untuk setiap pesanan yang dihantar.

Gajet anda turut boleh menikmati data Internet pelan ini dengan fungsi tethering dengan kuota sebanyak 20GB/bulan atau tambahan 5GB pada harga RM10.

Tawaran ini disediakan hanya untuk pendaftaran dalam talian sahaja sehingga 16 September. Digi akan memungut bayaran pendahuluan sebanyak RM200 yang akan dikredit masuk ke bil bulan akan datang.

Adakah anda setuju dengan had kelajuan 5Mbps yang dikenakan dalam pelan ini?

Jika ya, perkhidmatan pindah masuk rangkaian turut disediakan. Terus ke laman rasmi produk untuk maklumat lanjut. Walaupun tawaran dibuka hingga 16 September, ia mungkin tamat lebih awal kerana slot terhad yang disediakan Digi.

Jika tidak, 150 Infinite menyediakan segalanya tanpa had, daripada Internet, panggilan, hinggala ke tethering.

 

Comments

Apa komen anda?