Misteri sebelah lain Meizu Malaysia

Share Button

Lama tak dengar cerita pasal telefon pintar Meizu di Malaysia. Tapi tak lama lagi khabarnya mereka akan membawa masuk telefon pintar yang istimewa untuk pasaran Malaysia.

Ini dapat dilihat menerusi Facebook Meizu Malaysia, di mana mereka memberi beberapa petunjuk bersama tanda pagar #TheOtherSide dan akan datang. Walaupun gambar yang diberikan dilihat samar-samar dalam kegelapan, tidak sukar untuk mengenalpastinya.

Ia adalah Meizu Pro 7 yang bukan sahaja memiliki dua kamera belakang, tetapi juga dua skrin.

Tanda pagar #TheOtherSide pastinya merujuk kepada skrin kedua yang terletak di belakang telefon pintar Meizu Pro 7. Ia dilancarkan di China pada bulan Julai lepas, dengan cip pertama Mediatek menggunakan proses 10nm, iaitu Helio X30.

Tetapi tarikan utama pastinya pada skrin keduanya. Ia digelar paparan Fenetre, berukuran 1.9-inci dengan resolusi 240×536. Tambah menarik, ianya menggunakan paparan AMOLED. Skrin kedua ini boleh digunakan untuk pelbagai perkara, seperti notifikasi dan paparan muzik.

Meizu memperkenalkan dua model iaitu Pro 7 dan Pro 7 Plus. Ia berbeza dari segi saiz skrin di mana Pro 7 memiliki skrin 5.2-inci HD Penuh, manakala Pro 7 Plus pula 5.7-inci QuadHD. Kedua-duanya menggunakan paparan Super AMOLED.

Kapasiti bateri pastinya berbeza, dengan Pro 7 dimuatkan 3,000mAh bateri dan Pro 7 Plus pula 3,500mAh. Pengecasan dibuat melalui sambungan USB-C dan ia menyokong pengecasan mCharge 4.

Kuasa dalaman juga sedikit berlainan. Hanya Pro 7 Plus yang menggunakan pemproses Helio X30, dan diberikan 6GB RAM. Manakala Pro 7 dibekalkan pemproses Helio P25 bersama 4GB RAM. Storan diberi pilihan antara 64GB dan 128GB bagi kedua-dua model.

Kamera berkembar di belakangnya, menggunakan gabungan sensor RGB dan monokrom. Sensor ini merakam gambar sehingga 12MP, bersama apertur f/2.0, autofokus PDAF dan dwi tona LED Flash. Kamera hadapan pula dimuatkan sensor 16MP berapertur f/2.0.

Di China telefon pintar ini dijual dengan spesifikasi dan harga berikut:

  • Pro 7 64GB – RMB2,880 (~RM1854, Helio P25, 4GB RAM, 64GB Storan)
  • Pro 7 128GB – RMB3,380 (~RM2176, Helio X30, 4GB RAM, 128GB Storan)
  • Pro 7 Plus 64GB – RMB3,580 (~RM2305, Helio X30, 6GB RAM, 64GB Storan)
  • Pro 7 Plus 128GB – RMB4,080 (~RM2627, Helio X30, 6GB RAM, 128GB Storan)

Harganya mungkin tidak semenarik Xiaomi, tetapi ia hadir dengan keunikan paparan kedua di belakang. Selfie menggunakan kamera belakang pastinya lebih menawan hasilnya.

Kena tunggu 15 September nanti, apakah pengumuman yang akan Meizu Malaysia lakukan. Sementara tu boleh belek-belek dulu pasal Meizu Pro 7 di laman produk rasmi Meizu.

[SUMBER: Facebook Meizu Malaysia]

 

#theotherside- Episod 1 Trailer

The boss compliment his performance in year end but only rewards him a certificate? What do you think? #theotherside #staytune

Posted by MEIZU Malaysia on Friday, September 8, 2017

 

 

#theotherside- Episod 2 Trailer

Her mum blamed her for bad result in exam, what do you think? #theotherside #staytune

Posted by MEIZU Malaysia on Monday, September 11, 2017

 

Apa komen anda?