Melepak dengan Viu di Hari Malaysia

Share Button

Hari Malaysia merupakan satu hari peringatan yang menandakan penyatuan Malaysia sebagai sebuah negara. Malaysia merupaan simbol penyatuan negara pelbagai kaum yang sering menjadi contoh di peringkat antarabangsa.

Tarikh keramat 16 September untuk tahun ini jatuh pada hari Sabtu. Dengan tambahan hari cuti termasuk hari Ahad, apa kata kita luangkan masa untuk bersantai bersama keluarga dan menonton filem dan drama tempatan yang dihasilkan sendiri oleh warga Malaysia.

Viu merupakan satu platform kandungan video atas permintaan (VOD) internet, sama seperti Netflix dan iflix. Tetapi Viu memberi fokus utama kepada kandungan dari Korea, China dan Jepun, serta dari Asia Tenggara termasuk banyak filem dan drama tempatan.

Beberapa filem dan drama tempatan yang dicadangkan untuk ditonton di Viu sempena Hari Malaysia ini adalah seperti:

Cinta Teruna Kimchi – kisah seorang pemuda Korea yang mencari bapanya yang tidak pernah dikenali sehinggalah dia terlihat foto seorang lelaki Muslim. Beliau terbang dari Korea ke Malaysia dalam misi mencari identiti sebenar bapanya.

Biar Aku Jadi Penunggu – Afeef mendapat tawaran menyambung pengajian di luar negara, tetapi ibunya memaksa beliau mencari isteri sebelum pergi. Afeef cuba meminang kawan baiknya Ifaat untuk memenuhi permintaan ibunya. Berjayakah beliau?

Bencinta – Sepasang suami isteri mengambil Nabil sebagai anak angkat. Tetapi tidak lama kemudian, mereka berjaya menimang cahaya mata sendiri, tetapi isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak perempuannya. Pesanan terakhir sang ibu adalah agar Nabil mengahwini anak perempuannya kelak. Mampukah Nabil memenuhi permintaan ibu angkatnya?

Fantasia: A Modern Fairy Tale – drama berkisar tentang 5 orang lelaki dan wanita bujang dalam kisah percintaan yang penuh suka duka. Dapatkah mereka mencari cinta sebenar?

Viu boleh ditonton samada menggunakan peranti mudah alih iOS dan Android, atau pelayar web di komputer di alamat www.viu.com. Viu menyediakan beberapa tontonan percuma, tetapi lebih banyak kandungan boleh ditonton melalui langganan premium, hanya RM10 sebulan.

Jika anda kaki drama Korea, China dan Jepun yang mahukan tayangan terpantas bersama sarikata, Viu adalah tempatnya. Untuk berita terkini tentang Viu, ikuti mereka di Facebook Viu Malaysia.

Apa komen anda?