Masalah router Dlink tidak libatkan majoriti pengguna Unifi

Share Button

TM dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan router Dlink DIR-850L yang dikatakan mempunyai kelemahan keselamatan yang sangat merbahaya. Router Dlink ini merupakan salah satu router yang banyak diberikan kepada pengguna Unifi.

Menurut TM, dalam satu laporan TheStar, masalah yang terdapat pada Dlink router ini tidak memberi kesan yang besar, kerana ia melibatkan jumlah pelanggan yang kecil.

Ini kerana fungsi remote management yang menjadi salah satu punca kelemahan keselamatan di dalam router yang disediakan TM, dimatikan secara lalai. Kepada pengguna yang mengaktifkannya, mereka perlu mematikannya dengan segera.

Selain itu, pengguna Unifi juga disarankan untuk meletakkan kata laluan WiFi yang lebih ketat bagi mengelakan router tersebut diceroboh.

Masalah ini ditemui oleh seorang penyelidik keselamatan, Pierre Kim. Beliau menulis tentang perkara ini di Github, menerangkan pelbagai permasalahan yang terdapat pada beberapa router Dlink, termasuk model DIR-850L.

Router Dlink DIR-850L

Selain TM Unifi, TIME juga melaporkan menyediakan router yang sama kepada pelanggannya. TIME turut menyedari masalah ini dan melaporkan telah bekerjasama dengan Dlink untuk penyelesaian.

Dlink Malaysia pula sedang dalam proses menyediakan kemaskini firmware memperbaiki permasalahan ini. Mereka menyatakan kemaskini ini akan sedia dimuat turun pengguna di Malaysia pada 21 September 2017.

Pihak Dlink Malaysia juga menyediakan pasukan khas yang bersedia memberi bantuan teknikal kepada pengguna, yang boleh dihubungi di talian 1800-88-2880.

Sementara menunggu kemaskini ini siap, pengguna router Dlink yang terlibat diminta untuk mematikan fungsi remote management, menetapkan kata laluan untuk akses ke router dan mengetatkan kata laluan Wifi.

[SUMBER: TheStar]

Apa komen anda?