Main game Steam bermasalah kerana disekat SKMM

Share Button

Sebagai pemain tegar permainan di bangsa utama komputer, apliknyasi Steam sudah pasti menjadi akses paling penting untuk membeli dan bermain pelbagai permainan komputer. Tetapi pasti ramai pengguna Steam di Malaysia hari ini bermasalah untuk mendaftar masuk aplikasi steam mereka.

Adakah Steam bermasalah di seluruh dunia? Tidak, ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memohon kepada pemilik Steam iaitu Valve, untuk menyekat akses Steam di Malaysia. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Semua ini gara-gara satu tajuk permainan: Fight of Gods.

Fight of Gods merupakan permainan yang direka oleh pembangun dari Taiwan. Ia menampilkan permainan berlawan seperti Street Fighter, tetapi menggunakan watak dewa dan tuhan. Ini yang menyebabkan ia cuba disekat oleh SKMM, kerana mengganggu sensitiviti beragama dan menggugat perpaduan.

Beberapa watak yang dapat dilihat dalam permainan ini adalah seperti Zeus dan Odin, serta Moses, Buddha dan Jesus.

Satu adegan di dalam Fight of Gods, membelah laut

Tambah Salleh lagi, mencipta dan menyebarkan kandungan yang jelik dan menyakitkan hati merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada artikel ini ditulis, akses ke Steam masih lagi disekat. Tetapi ia boleh diatasi dengan mengubah DNS, seperti ke Google DNS. Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab sendiri jika cuba mengakses ke laman web yang telah disekat sebegini.

[SUMBER: TheStar, TheHypedGeek]

Apa komen anda?