Kuala Lumpur pilihan InfoWatch sebagai pusat mencegah kebocoran data dan jenayah siber

Share Button

InfoWatch, pakar perlindungan jenayah siber dan pencegahan kebocoran data (DLP) mengumumkan pembukaan pejabat operasi di Kuala Lumpur. Ia akan menyediakan kepakarannya untuk pasaran Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

Pengumuman ini dibuat oleh Presiden Kumpulan InfoWatch, Natalya Kaspersky di pameran IFSEC Asia Tenggara 2017, yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Pameran ini mengumpulkan 350 syarikat keselamatan siber dari Asia Tenggara, India, China dan Eropah.

Natalya Kaspersky berucap di IFSEC 2017

Pasukan InfoWatch di Malaysia dibentuk dari pakar tempatan bersama pengurus jualan dan jurutera dari Rusia. Fokus utama perkhidmatan mereka adalah agensi kerajaan serta perniagaan berskala besar seperti sektor kewangan, insuran dan industri penjagaan kesihatan.

Suit perlindungan InfoWatch yang dipatenkan, mampu memahami dan menganalisa kandungan di dalam bahasa di Asia, terutama bahasa Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Ini dapat membantu pelanggan mereka dari serangan jenayah siber serta mencegah kebocoran data dengan lebih berkesan.

Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Antarabangsa InfoWatch, Vladimir Shutemov, InfoWatch memilih Malaysia sebagai ibupejabat kerana hubungan baik rakan niaga selain pelanggan di Malaysia yang sedia ada sejak tahun 2013. Beliau percaya Malaysia adalah lokasi terbaik untuk berkembang di Asia Tenggara.

Apa yang membezakan InfoWatch dengan yang lain adalah penyelesaian pencegahan kebocoran data yang boleh menganalisa kandungan dalam bahasa tempatan. Ini kerana kehilangan dan kebocoran data kini lebih banyak dilakukan menggunakan bahasa tempatan, tambah Shutemov.

Antara perkhidmatan keselamatan siber yang disediakan oleh InfoWatch adalah seperti InfoWatch Traffic Monitor yang memantu kebocoran data dan perlindungan jenayah siber dalaman, InfoWatch Person Monitor yang membenarkan syarikat kecil dan sederhana memantau aktiviti pekerja dan penggunaan sumber syarikat, serta InfoWatch Attack Killer penyelesaian perlindungan dalam talian untuk perbankan, e-dagang, e-kerajaan, stor dalam talian dan lain-lain sumber dalam talian.

Maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan oleh InfoWatch boleh didapati di laman web www.infowatch.com.

Apa komen anda?