Kemas Kini Oreo Pada Nokia 8 Disebar Tak Lama Lagi

Share Button

Nokia 8 adalah flagship Android pertama daripada HMD Global selepas mereka mengambil alih jenama Nokia daripada Microsoft. Telefon ini terus mencuit tumpuan pengguna apabila menjadi antara yang terawal menerima kemas kini Android 8 Oreo. Tidaklah menghairankan jika dilihat pada Android jyang digunakan pada Nokia 8.

Ketua Pegawai Produk (CFO) untuk HMD Global pada hari Malaysia lalu menayangkan kemas kini Oreo pada Nokia 8 yang digunakannya.

Sebagai peranti premium HMD Global, Nokia 8 adalah yang pertama menerima kemaskini Android 8. Menurut imej yang dikongsikan, saiz sistem operasi Nokia 8 adalah 1.3GB.

Secara ringkas, Nokia 8 dikuasakan Snapdragon 835 bersama 4GB RAM. Storan seluas  64GB disediakan tetapi boleh diperluas melalui slot mikro-SD/SIM hibrid. Baca artikel Test Produk kami berkaitan Nokia 8 untuk maklumat lanjut.

Nokia 8 dijual pada harga RM2,299 dan boleh dibeli di kedai-kedai berjenama Nokia berhampiran anda. Kalau nak beli telefon yang sudah ada Oreo, boleh cuba Sony Xperia XZ1.

 

 

Apa komen anda?