Kaspersky mahu bawa pelanggan setia lawat Muzium Ferrari di Itali

Share Button

Adakah anda sedang mencari perisian anti-virus untuk komputer dan peranti anda? Apa kata kalau anda dapatkan Kaspersky, kerana anda berpeluang untuk merasai pengalaman sekali seumur hidup bersama Ferrari di kampung halamannya yang terletak di Maranello, Itali.

Kaspersky yang merupakan rakan kerjsama pasukan F1 Ferrari, ingin memberikan ganjaran kepada pengguna setianya melalui peraduan ini. Pemenang berpeluang untuk terbang dan melawat bandar Bologna di Itali, serta mendapat akses eksklusif ke Muzium Ferrari di Maranello.

Peraduan ini terbuka kepada pembeli produk Kaspersky di Australia, New Zealand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, China dan Hong Kong. Manakala produk yang layak menyertai adalah versi 2018 Kaspersky Anti-Virus, Kaspersky Internet Security dan Kaspersky Total Security.

Untuk menyertai peraduan ini, selepas membeli produk Kaspersky yang layak, layari laman web www.kasperskyracingasia.com. Daftar lesen Kaspersky yang dibeli di laman tersebut, kemudian jawab sebanyak mungkin soalan yang diberikan dalam waktu yang paling singkat.

Selain hadiah melawat kampung halaman Ferrari, Kaspersky juga menyediakan hadiah lain berupa cenderahati Ferrari dan jam tangan Ferrari. Peraduan untuk hadiah utama berjalan dari 11 September hingga 10 November 2017. Manakala hadiah jam tangan disediakan untuk peraduan dari 11 November hingga 31 Disember 2017.

Kaspersky telah bekerjasama dengan Ferrari sejak tahun 2010 lagi. Malah, Ferrari telah memilih Kaspersky sebagai penyedia keselamatan siber meliputi semua aspek termasuk di kilang pembuatan, litar lumba dan lain-lain.

Kalau Ferrari pun yakin dengan Kaspersky, mungkin anda juga boleh menaruh kepercayaan yang sama. Malah, ada peluang nak menang hadiah Ferrari jika membeli perisian keselamatan Kaspersky sekarang.

Jika berminat, perisian keselamatan Kaspersky boleh dibeli menerusi stor dalam talian Kaspersky SEA. Manakala maklumat penuh tentang peraduan ini boleh dirujuk di laman web Kaspersky Racing Asia.

Apa komen anda?