Ji Hyo Dan Galaxy Note8 Kata “Apa Khabar Pavillion?”

Share Button

Phablet kegilaan masa ini, Galaxy Note8, akhirnya tiba di Malaysia melalui satu majlis pelancaran besar-besaran yang diadakan di pusat beli-belah Pavillion, Kuala Lumpur pada 21 September 2017. Pada hari ini juga, Note8 mula dijual secara walk-in, sehari selepas pengguna yang telah menempah antara 5 hingga 10 September lalu mengambil tempahan mereka.

Menyertai pelancaran ini adalah pelakon terkenal dari Korea Selatan, Song Ji Hyo. Dia sempat meluangkan masa bermesra dengan peminat dan 100 pembeli Note8 pertama akan menerima casing yang ditandatangani pelakon itu sendiri.

Samsung Galaxy Note8 dijual pada harga RM3,999 dam boleh dibeli dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Orchid Grey, dan Maple Gold.

Antara 21 hingga 24 2017, setiap pembelian Galaxy Note8 akan disertakan sebuah Samsung Gear VR beserta alat kawalannya yang bernilai RM499, serta jaminan tambahan terhadap panel paparan bernilai RM149.

Satu jerayawara turut diadakan untuk mempromosi peranti itu pada tarikh yang sama di tiga lokasi berbeza seluruh negara iaitu Pavillion Kuala Lumpur, AEON Tebrau City Johor Bahru, dan Gurney Plaza Gurney Plaza.

Selain melalui Samsung, anda juga boleh membeli Galaxy Note8 melalui telco secara ansurans yang telah kami bincangkan dalam satu artikel lain.

Apa komen anda?