iPhone Lain Turun Harga Sejurus Ketibaan iPhone 8 & X

Share Button

iPhone memang terkenal dengan hayat penggunaan yang panjang berbanding Android. Walaupun Android menang daripada segi spesifikasi teknikal, tiada yang boleh melawan iPhone daripada sudut sokongan sistem operasi.

iPhone SE kini yang termurah boleh dibeli di laman Apple

Pelancaran iPhone 8 dan X bukan saja membawa kegembiraan pada golongan yang menanti setiap produk baru Apple, ia juga menguntungkan pengguna yang sudah lama membidik iPhone generasi terdahulu.

Sejurus pelancaran iPhone generasi terbaru, harga iPhone SE, 6s, dan 7 terus diturunkan sehingga RM450 daripada harga pelancaran. Butiran lanjut tentang penurunan harga adalah seperti berikut:

iPhone SE 32GB – RM1,949 RM1,749
iPhone SE 128GB – RM2,449 RM2,249

iPhone 6s 32GB – RM2,699 RM2,249
iPhone 6s 128GB – RM3,199 RM2,749
iPhone 6s Plus 32GB – RM3,199 RM2,749
iPhone 6s Plus 128GB – RM3,699 RM3,249

iPhone 7 32GB – RM3,199 RM2,749
iPhone 7 128GB – RM3,699 RM3,249
iPhone 7 Plus 32GB – RM3,799 RM3,349
iPhone 7 Plus 128GB – RM4,299 RM3,849

Jika RM1,749 anda rasakan masih belum cukup murah, ada iPhone yang dijual pada RM1,499 tetapi tidak disenaraikan dalam laman web Apple. iPhone 6 32GB dijual secara luar talian saja dan sangat terhad.

Terus ke laman rasmi Apple Malaysia untuk melihat potongan harga itu.

Trackbacks

  1. […] Bagaimana? Bersediakah anda untuk membayar harga ini bagi model terbaru iPhone, atau ini adalah masa terbaik membeli model lama iPhone yang telah diturunkan harga? […]

Apa komen anda?