Hanya Kekal Aktif, Prabayar RedONE Beri 1.5GB Data Percuma Setiap Bulan

Share Button

Pernah tak ibu-bapa anda yang berada di kampung hadapi masalah berikut. Mereka menggunakan perkhidmatan prabayar telefon untuk berjimat, tetapi setiap bulan mereka terpaksa menambah nilai masuk ke akaun mereka. Masalahnya bukan kerana kehabisan kredit tetapi tempoh sah kredit sudah tamat.

Sudahnya, amaun kredit kian bertambah kerana penggunaan yang kurang.

RedOne, sebuah syarkat MVNO di Malaysia, menyedari bahawa telco-telco yang lebih besar tidak mengendahkan golongan ini tetapi lebih tertumpu pada golongan yang memberikan keuntungan yang lebih tinggi.

Itulah masalah yang ingin diselesaikan oleh redONE melalui pelan prabayar mereka yang menggunakan moto “back to basics”.

Dengan tambah nilai RM10, akaun prabayr redONE akan aktif selama 30 hari. Mereka juga menyediakan insentif untuk setiap tambah nilai. Pengguna akan menerima data sehingga 9GB hanya dengan menambah nilai.

Ciri bayar-per-guna turut ada pada prabayar redONE, tetapi ia hanya akan dikenakan selepas semua data termasuklah data Internet asas habis digunakan. Usah risau dengan caj mengejut kerana pihak penyedia akan menghantar SMS untuk memberi peringatan daripada masa ke masa.

Pek pemula redONE berharga RM10. Sejurus diaktifkan, anda menerima kredit sebanyak RM6, tempoh sah sehingga 30 hari, dan sejumlah 3GB data.

Segera cari agen penjual redONE prepaid berdekatan, layari pautan ini untuk mencari agen terdekat.  Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi produk.

Trackbacks

  1. […] Hanya Kekal Aktif, Prabayar RedONE Beri 1.5GB Data Percuma Setiap Bulan […]

Apa komen anda?