Google Drive akan ditamatkan hayat tidak lama lagi

Share Button

Terkejut? Ini satu kebiasaan buat Google untuk menghentikan servis mereka. Google Drive yang memiliki jutaan pengguna terutama pemilik telefon pintar Android, akan ditamatkan perkidmatan.

Google menyatakan ia akan menghentikan sokongan buat Google Drive for PC/Mac pada 11 Disember 2017. Manakala pada 12 Mac 2018, servis ini akan dihentikan sepenuhnya.

Kemaskini: Pengguna Google Drive di peranti lain tidak perlu risau kerana storan awan Google Drive akan kekal beroperasi. Hanya aplikasi untuk Google Drive di PC dan Mac yang dihentikan perkhidmatan

Tetapi ia bukan dihentikan begitu sahaja, sebaliknya Google telah menyediakan pengganti, iaitu Backup and Sync yang memberikan servis simpanan dan penyalinan yang lebih baik. untuk penggunaan PC dan Mac.

Aplikasi Backup and Sync telah sedia untuk digunakan sekarang.

Seperti namanya, Backup and Sync boleh menyelaraskan fail dan folder di antara komputer dan storan awan. Lebih baik lagi, ia boleh membuat salinan semua storan di peranti fizikal ke awan. Pilihan fail dan folder yang mahu diseleraskan juga boleh dibuat.

Walaupun begitu, ia tidak boleh digunakan untuk pemulihan sistem operasi. Ia hanya membuat salinan fail dan folder sahaja.

Untuk simpanan gambar dan video, ia boleh diselaraskan dengan servis Google Photos.

Masih ada sekitar 6 bulan sebelum Google Drive for PC/Mac ditamatkan riwayatnya. Waktu yang agak lama, tetapi lebih baik untuk bersiap sedia bertukar ke Backup and Sync dari sekarang.

Bagi pengguna perniagaan yang melanggan G Suite, mereka akan dapat melihat fungsi baru, Drive File Stream. Ia membolehkan pengguna perniagaan menyimpan fail di awan, atau menstrimnya bila diperlukan di mana sahaja.

[SUMBER: Vernonchan, CNET]

Apa komen anda?