FUJIFILM X-E3 Hadir Dengan Kemampuan Rakaman 4K

Share Button

Fujifilm telah mengemas kini barisan kamera siri X-nya dengan pengenalan model X-E3. Ia telah mengangkat kamera ini duduk sebaris dengan saudara seperti X-T20, X-T2, dan X-Pro2 apabila ia diberikan sensor X-Trans CMOS III bersama pemproses imej X-Processor Pro.

Perbezaan antara X-E3 (atas) dengan X-E2 (bawah)

Selain sensor dan pemproses, bahagian rekaan pada X-E3 juga dilihat menerima sedikit perubahan. Palling ketara adalah kehadiran tombol baru pada bahagian depan yang boleh diguna untuk mengawal kelajuan pengatup ataupun apertur.

Bahagian belakang pula telah kehilangan pad kawalan dan digantikan dengan puting kawalan. Butang-butang yang sedia ada juga telah berubah kedudukan.

Sensor X-Trans CMOS III yang digunakan pada X-E3 memiliki 24 megapiksel dan mampu menangkap gambar selanjar sepantas 14 bingkai sesaat.

Daripada kemampuan videografi, ia boleh merakam video 4K 30fps, sesuatu yang menjadi ruji pada kamera tahun ini.

 

Fujifilm X-E3 akan mula diedarkan di pasaran US bermula penghujung September 2017 pada harga seperti berikut:

  1. Fujifilm X-E3 (badan sahaja) — USD 900 (RM 3,775.95)
  2. Fujifilm X-E3 + XF18-55mm — USD1,300 (RM 5,454.15)
  3. Fujifilm X-E3 + XF23mmF2 R WR — USD1,150 (RM4,824.82)

[Sumber: DPReview]

Apa komen anda?