DxOMark Letak iPhone 8 Plus Sebagai Kamera Terbaik

Share Button

Hasil ujian DxOMark terhadap iPhone 8 Plus sudahpun diterbitkan dan ia mencatatkan skor 94, yang tertinggi setakat ini untuk menewaskan Google Pixel yang menduduki tangga teratas tak sampai setahun.

Spesifikasi kamera iPhone 8 Plus adalah seperti berikut:

  • Kamera utama 12MP, F1.8, OIS
  • Kamera telefoto 12MP, F2.8, Optikal Zum 2X, Digital Zum 10X

Antara kelebihan pada kamera iPhone 8 Plus yang dinyatakan oleh pengkaji adalah seperti keupayaan HDR serta Bokeh terbaik dan kejituan dalam algoritma mengesan wajah.

Skor untuk iPhone 8 Plus

Skor untuk Galaxy S8+

Ada sedikit janggal dalam skor iPhone 8 Plus dalam bahagian “Photo”. Jika sebelum ini, skor adalah purata skor bagi setiap subkategori, tapi untuk telefon ini entah daripada mana skor 96 diperoleh kerana mengikut sistem perkiraan yang diamalkan, sepatutnya iPhone 8 Plus menerima skor 71.

Perlu diingatkan bahawa sejauh mana saintifikpun kajian ini, kecantikkan adalah sesuatu yang subjektif. Misalnya, dalam ujian buta terbaru kami yang membandingkan 6 buah flagship, Huawei P10 memenangai 3 daripada 7 kategori tapi telefon ini tidak berada dalam senarai 10 teratas pun dalam DxOMark.

Sumber: DxoMark

Apa komen anda?