Dapatkan berita terkini dan siaran langsung Sukan PARA ASEAN ke-9

Share Button

Kejohanan sukan ASEAN, Sukan SEA KL2017 tidak berakhir setakat 31 Ogos lepas, sebaliknya ia diteruskan lagi menerusi Sukan PARA Asean edisi ke-9. Sukan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini, berjalan dari 17 – 23 September 2017.

Sama seperti Sukan SEA KL2017, orang ramai berpeluang untuk bersama-sama menonton acara yang dipertandingkan secara langsung di mana jua. Tetapi saluran percuma yang ditemui hanya tinggal satu.

Kepada yang berminat menonton siaran langsung Sukan PARA Asean ke-9, anda boleh berbuat demikian melalui saluran YouTube KL2017. Ia boleh diakses menerusi pelayar komputer, mahupun peranti mudah alih. Hanya buka YouTube, dan buat carian KL2017. Atau menaip alamat www.youtube.com/kualalumpur2017.

Video-video siaran sebelum ini juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube KL2017, seperti acara pembukaan Sukan PARA Asean ke-9 pada hari Ahad lepas.

Untuk laporan terkini, orang ramai boleh mendapatkannya menerusi aplikasi rasmi KL2017 – 9th ASEAN Para Games. Ia boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan Sukan PARA Asean ke-9 menerusi lamanweb www.kualalumpur2017.com.myFacebook Kuala Lumpur 2017 dan twitter @KL2017.

Apa komen anda?