Cuba cek dulu kedai makan tu ada Favepay tak

Share Button

Pasti ramai yang mengenali Fave yang sebelum ini dikenali sebagai Groupon, platform yang menyediakan kupon diskaun dan tawaran menarik untuk tempat makan, membeli-belah dan banyak lagi. Baru-baru ini, Fave memperkenalkan Favepay, satu cara pembayaran baru yang menguntungkan penjual dan pengguna.

Pertama kali mendengarnya, pasti menyangka ia satu lagi sistem dompet elektronik atau e-wallet seperti Apple Pay dan Samsung Pay. Tetapi ia sebenarnya lebih mudah dari itu kerana boleh digunakan di semua jenis telefon pintar.

Favepay ialah satu sistem pembayaran digital, yang memberi diskaun atau rebat kepada pengguna, sambil membawa semula pengguna tersebut untuk kembali membeli-belah di kedai yang sama.

Misalnya, ada membeli secawan kopi di kedai. Jika anda membuat bayaran menggunakan Favepay, anda akan menerima rebat 10% dari jumlah bil. Rebat tadi boleh digunakan untuk pembayaran akan datang. Jadi, anda pasti mahu datang semula ke kedai yang sama untuk menggunakan rebat tersebut.

Di sini, pengguna menerima diskaun dan pekedai pula akan menerima lebih ramai pelanggan yang datang semula ke kedai. Secara kasar keuntungan mungkin berkurang dengan pemberian rebat, tetapi ia boleh diatasi dengan membuat lebih jualan.

Dalam hal ini, llaollao adalah contoh yang baik. Pengguna menerima rebat 20% jika membuat bayaran di llaollao menggunakan Favepay. Dalam bulan pertama sahaja, llaollao berjaya mengekalkan 50% pengguna baru untuk kembali ke kedainya.

Favepay kini memiliki lebih 500 rakan niaga selepas 3 bulan beroperasi. Di antaranya adalah Juiceworks, OJO Coffee, Auntie Anne’s, O’Briens Sandwich, Komugi, Moo Cow, Serai, Sushi Q, Jibby & Co dan banyak lagi.

Cara penggunaan Favepay yang mudah juga dilihat membantu pengguna untuk terus kekal menggunakannya. Hanya imbas kod QR di kedai yang terlibat, masukkan jumlah bayaran dan tekan Pay Now. Atau cari sahaja nama kedai di dalam aplikasi Favepay, dan buat bayaran.

Dengan cara mudah ini, Favepay tidak terikat dengan mana-mana sistem pembayaran. Sebab itu, Favepay boleh bekerjasama dengan pelbagai platform pembayaran lain. Alipay merupakan rakan pertama Faveplay. Ia akan membolehkan pelancong China yang datang ke Malaysia, untuk membuat pembayaran menggunakan Alipay, melalui platform Favepay.

Bagaimana, dah tak sabar nak membeli-belah sambil mendapatkan diskaun dan rebat dengan Favepay? Pastikan anda muat turun dulu aplikasi Fave di Apple Appstore atau Google Playstore.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Favepay.

Apa komen anda?