Berapa harga iPhone 8 & iPhone X di Malaysia?

Share Button

Pelancaran telefon pintar baru Apple sentiasa dinanti ramai, bukan sahaja oleh peminatnya malah orang ramai yang kurang berminat jua. Antara yang menjadi tarikan adalah harganya yang lebih mahal dari telefon pintar lain.

Seperti yang dijangka, harga iPhone 8 yang kelihatan sama tapi tidak serupa dengan iPhone 7, telah dinaikkan. Tahun lepas, Apple melancarkan iPhone 7 pada harga bermula dari USD649 manakala iPhone 7 Plus dari USD769.

Beza paparan iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 8

Bagi iPhone 8, ia memiliki tanda harga bermula dari USD699 dan iPhone 8 Plus pula dari USD799. Bagi iPhone X yang jauh lebih canggih, harganya bermula dari USD999.

Kenaikan harga ini turut disumbang dengan pilihan storan asas yang digandakan, dari 32GB di iPhone 7 kepada 64GB di iPhone 8 & iPhone X. Tapi bukan ini fokus kita.

Di sini, kami ingin menjangkakan harga iPhone 8 & iPhone X

Jangkaan harga ini boleh dibuat berdasarkan sejarah harga jualan produk Apple di Malaysia sebelum ini, dengan syarat kadar tukaran matawang tidak banyak berbeza. Kita semak dahulu harga bagi produk Apple sebelum pelancaran iPhone 8 & iPhone X di bawah ini:

  • iPhone 7 32GB = USD649 = RM3,199
  • iPhone 7 Plus 32GB = USD769 = RM3,799

Harga iPhone 7 dan 7 Plus di Malaysia semasa dilancarkan

Kadar yang digunakan pada iPhone 7 32GB adalah USD1 = RM4.93. Manakala bagi iPhone 7 Plus 32GB pula USD1 = RM4.94. Jadi, tidak salah kalau dikatakan Apple Malaysia akan mengekalkan kadar ini untuk iPhone 8 dan juga iPhone 8. Kalau kadar tukaran tidak banyak berbeza seperti sekarang.

Jika kita ambil kadar tukaran USD1 = RM4.93, maka harga iPhone adalah seperti berikut:

  • iPhone 8 64GB = USD699 = RM3,446
  • iPhone 8 Plus 64GB = USD799 = RM3,939
  • iPhone X 64GB = USD999 = RM4,925

Selepas bertafakur dan bertasbih memuji kebesaran Ilahi, kami merumuskan jangkaan harga rasmi telefon terbaru iPhone di Malaysia adalah:

  • iPhone 8 64GB = RM3,499
  • iPhone 8 Plus 64GB = RM4,099
  • iPhone X 64GB = RM5,199

Bagaimana? Bersediakah anda untuk membayar harga ini bagi model terbaru iPhone, atau ini adalah masa terbaik membeli model lama iPhone yang telah diturunkan harga?

Beli iPhone 6s pun ok lagi ni, sebab tak ada beza rupa luaran pun. Fungsi pun semua sama je dengan iPhone 8 kan? Kalau nak kamera berkembar, iPhone 7 Plus pun dah cukup.

Comments

Trackbacks

  1. […] ini dilihat lebih tinggi dari jangkaan kami sebelum ini, di mana kami menjagkakan iPhone 8 64GB akan berharga RM3,499 dan iPhone 8 Plus 64GB […]

  2. […] harga rasmi diumumkan, tetapi kami sudahpun membuat kira-kira untuk menjangkakan harga keluarga iPhone ini. Jangkaan kami adalah seperti […]

  3. […] These “AP” sets usually also have their prices marked up to astronomical amounts, as you can probably tell since the 64GB iPhone 8 is the same price as a Samsung Galaxy Note8. We don’t think the official prices will be quite this high. We reckon it will be closer to these prices instead. […]

Apa komen anda?