11% tunai kembali di 11street dengan Shopback

Share Button

Setelah sekian lama dinanti, akhirnya 11street menyertai senarai laman web yang memberikan tunai kembali (cashback) melalui ShopBack. Bagi meraikan ketibaan ini, Shopback bersama 11street yang dikuasakan oleh Visa, memberikan tunai kembali lebih besar dari biasa.

Selama 48 jam atau dua hari sahaja, bermula hari esok pada 20 & 21 September 2017, pengguna Shopback boleh mendapatkan cashback setinggi 11% dengan membuat pembelian di 11street. Tetapi cashback 11% ini terhad kepada RM11 dan untuk 1500 pembelian yang pertama sahaja, dan hanya menggunakan kad debit/kredit Visa.

Mula-mula sekali, daftar masuk akaun Shopback anda dan pergi ke laman web www.shopback.my/visa. Dari situ, klik ikon 11street untuk pergi ke laman dagang 11street. Kemudian, buat belian yang diingini dan akhir sekali buat bayaran menggunakan kad debit/kredit Visa.

Pada hari biasa, pembelian di 11street memberikan cashback sehingga 2% sahaja. Malah, 11street kini menawarkan penghantaran barang segera dalam masa 48 jam untuk kategori barangan runcit di dalam Mart 11, dengan jenama seperti Nestlé, F&N, Watsons, Caring, PetPet, Unilever dan sebagainya.

Selain 11street, Shopback juga mengumumkan Cashback berganda masa terhad di Qoo10. Selama 4 hari dari 19-22 September 2017, Shopback memberikan cashback sebanyak 8%, berbanding 4% di hari biasa.

Bukan itu sahaja, Qoo10 turut menyediakan jualan kilat eksklusif untuk 4 hari ini. Contohnya, esok pada 20 September, pembeli boleh mendapatkan Galaxy Note8 di Qoo10 pada harga RM3,243.80.

Galaxy Note8 dijual di Qoo10 diberikan diskaun, menjadikan harganya RM3,760. Kemudian, Qoo10 menyediakan kupon 16% yang memberikan diskaun maksima RM450. Jumlah pembelian ini melayakkan pengguna menerima cashback sebanyak RM66.20. Dengan semua penjimatan tadi, ini menjadikan pembeli mengeluarkan hanya RM3,243.80 untuk memiliki Galaxy Note8 yang baru.

Ada banyak lagi produk lain dalam tawaran ekslusif Qoo10 selama 3 hari ini. Ia boleh disemak di www.shopback.my/qoo10-flash-sale. Jangan lupa untuk dapatkan kupon RM450 untuk pembelian barangan Digital & Mobile, serta Home & Living.

Selain 11street dan Qoo10, Shopback juga memberikan cashback untuk pembelian di kebanyakan laman internet lain seperti Lazada, fave, Taobao, Zalora, Fashionvalet, AirAsiaGo, Expedia dan banyak lagi.

Jika belum ada akaun ShopBack, sila daftar sekarang sebelum mula membeli-belah online. Kalau nak berkongsi bonus pendaftaran RM5 dengan kami, boleh gunakan pautan pendaftaran ini. Untuk perkembangan terkini, sila lawati laman web www.shopback.my atau ikuti Facebook Page rasmi mereka.

Apa komen anda?