ZenFone 4 Pro Jadi Wakil Asus Dalam Arena Flagship

Share Button

ZenFone 4 Pro menjadi nakhoda untuk siri ZenFone 4 kali ini. Dilancarkan di Taiwan, ia adalah sebuah telefon pertama dunia yang memiliki tiga buah kamera dan semuanya menggunakan sensor Sony IMX bagi melambangkan kesungguhan Asus menyediakan sebuah telefon yang mengetengahkan kemampuan kamera yang tinggi.

Asus Zenfone 4 menyertai ZenFone 4 Pro dalam versi “Lite”. Walaupun Lite, telefon ini masih sarat dengan komponen berprestasi tinggi seperti cip Snapdragon 660 yang terbaru. Ia adalah cip Snapdragon 820/821 yang telah ditambah baik.

Asus ZenFone 4 Pro bahagian depan

Asus ZenFone 4 bahagian belakang

Jika diperhatikan daripada depan, memang sukar untuk membezakan antara dua-dua model ini. Mereka memiliki skrin 5.5″ dengan panel beresolusi HD penuh. Tetapi versi Pro menggunakan panel AMOLED dan adiknya mneggunakan panel IPS LCD.

Tetapi pada bahagian belakang, anda boleh membezakan mereka jika dilihat pada kamera. ZenFone 4 tidak mempunyai bonjolan kamera dan tiada sistem TriTech+.

Bahagian belakang Asus ZenFone 4 Pro

Bahagian belakang Asus ZenFone 4

Dua kamera belakang pada ZenFone 4 Pro mempunyai kelebihan dalam senario tertentu. Contohnya, kamera pertama yang memiliki sensor 12MP, F1.7, dan jarak fokal 25mm sesuai digunakan untuk kegunaan biasa dan semasa dalam keadaan malap.

Kamera sekunder pula dikhaskan untuk subjek jauh kerana ia memiliki jarak fokal 50mm, dua kali zum berbanding kamera primer. Padanya, terdapat sensor 16MP yang terletak dibelakang lensa berapertur  F2.6.

Kamera belakang Asus ZenFone 4 Pro

Saiz apertur besar digandingkan pula dengan teknologi pembidikan fokus TriTech+ yang menggabungkan teknologi pengesanan fasa (PDAF), laser, dan pengesanan kontras (CDAF) menjadikan telefon ini mampu membidik fokus sepantas 0.03 saat dalam apa jua keadaan. Kehadiran OIS dan EIS pula menstabilkan video sehingga 4-stop.

Pada papan utama, ZenFone 4 Pro menggunakan cip Snapdragon 835 yang terhebat. RAM 6GB bersama-sama storan seluas 128GB membantu cip itu menjalankan Android 7.1 Nougat yang diselaputi ZenUI 4.0.

Port audio teletak di sebelah kanan USB-C pada ZenFone 4 Pro

Bateri sebesar 3,600mAh pada telefon ini dicas melalui port USB-C yang terletak pada sebelah bawah ZenFone 4 Pro.

Asus ZenFone 4 menerima sensor 12MP untuk menguasakan kamera utamanya. Tiada masalah untuk menghasilkan bokeh yang menarik menerusi lensa berapertur F1.8 dan berjarak fokal 25mm padanya.

Pendekatan sistem 2 kamera pada ZenFone 4 sedikit berbeza berbanding versi Pro. Jika saudara besarnya memiliki kamera sekunder dengan jarak zum dua kali ganda berbanding kamera utama, kamera sekunder ZenFone 4 mengezum keluar 4.8 kali untuk memberikan sudut pandang yang lebih luas.

Kamera belakang Asus ZenFone 4

Kamera sekunder menggunakan sensor 8MP dengan jarak fokal 12mm dan apertur seluas F2.2.

Bateri pada ZenFone 4 sedikit kecil iaitu 3,300mAh dan ia dicas menerusi port USB-C yang terletak pada bahagian bawah telefon ini.

Kedua-dua ZenFone 4 Pro dan ZenFone 4 menerima binaan yang premium. Kerangka utamanya ditempa daripada sebongkah besi. Bahagian depan dan belakang pula dilapisi kaca Gorilla Glass yang memberikan kesan pantulan yang menarik terutamanya pada logo Asus.

Rujuk artikel ini untuk mengetahui harga ZenFone 4 Selfie, Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4, Zenfone 4 Pro, Zenfone 4 Max Pro.

Port audio teletak di sebelah kiri USB-C pada ZenFone 4

 

Trackbacks

  1. […] Klik untuk baca artikel penuh ZenFone 4 Pro & Zenfone 4 […]

Apa komen anda?