ZenFone 4 Max Pro Miliki Bateri Super Besar Dalam Pakej Kompak

Share Button

ZenFone 4 Max Pro adalah sebuah telefon yang mampu memberikan tempoh penggunaan yang panjang kepada pengguna kerana memiliki bateri 5,000mAh. Agak sukar untuk mencari telefon berkamera kembar serta memiliki bateri berkapasiti besar seumpamanya dalam pasaran ketika ini. Itulah yang menjadi keunikkan telefon ini.

Dua kamera belakang pada ZenFone 4 Max Pro membolehkan penggunanya mengambil gambar yang menarik dalam apa jua keadaan. Kamera utama 16MP pada telefon ini mempunyai jarak fokal 25mm dengan apertur F2.0.

Kamera sekunder pula memberikan sudut pandang yang lebih luas kerana memiliki jarak fokal 18mm. Apertur F2.2 dianggap baik dan mengalirkan foton cahaya dengan baik ke sensor 5MP telefon ini.

Untuk berselfie pula, Asus memberikan sensor 16MP pada kamera depan agar imej portrait anda lebih tajam daripada biasa. Sudut pandang sedikit rapat.

PixelMaster 4.0 adalah algoritma khas yang dibangunkan sendiri oleh Asus sebagai komitmen mereka untuk memberikan yang terbaik dalam dunia fotografi melalui ZenFone. Pelbagai mod gambar diberikan seperti Pro, Beauty, GIF, Panorama, Selfie, Time Lapse dan sebagainya.

 

Mod Time Lapse adalah yang paling menarik kerana ia akan mematikan semua komponen yang menggunakan bateri selain kamera bagi meminimumkan penggunaan tenaga. Dengan bateri gergasi dan penjimatan kuasa, Time Lapse pada ZenFone 4 Max Pro mampu berjalan dalam tempoh yang amat panjang.

Hal ini dimungkinkan dengan teknologi PowerMaster yang turut merupakan air tangan jurutera di Asus.

Algoritma khas dibangunkan untuk mengawal selia penggunaan bateri pada telefon dan hanya hadir pada ZenFone 4 Max Pro dan Zenfone 4 Max. Menurut kajian Asus, PowerMaster mengurangkan kehilangan kapasiti bateri kepada kurang daripada 5% berbanding 15% tanpa PowerMaster selepas 500 kitaran cas.

ZenFone 4 Max Pro adalah sebuah telefon sebesar 5.5″ dengan panel paparan LCD beresolusi HD 720p. Ia ditempa daripada sebuah bongkah besi untuk berikan rasa premium.

Pada papan induk, anda akan menemui cip pemproses Snapdragon 425 yang dipadankan dengan RAM 3GB. Storan 32GB disediakan serta satu slot khas diberikan sekirangnya anda ingin meluaskan ruang penyimpanan.

Rujuk artikel ini untuk mengetahui harga ZenFone 4 Selfie, Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4, Zenfone 4 Pro, Zenfone 4 Max Pro.

Trackbacks

  1. […] Klik untuk baca artikel penuh ZenFone 4 Max Pro […]

Apa komen anda?