Xiaomi Terus Perluas Jajahan Wearable Untuk Suku 2 2017

Share Button

Produk wearable Xiaomi ternyata bukan saingan kepada Apple malahan Fitbit. Laporan pasaran wearable terbaru yang dikeluarkan oleh Strategy Analytics untuk suku 2 2017 menunjukkan Xiaomi telah memintas kedua-dua gergasi produk wearable dunia itu apabila mencatatkan pegangan pasaran terbesar.

Jika anda ada membaca artikel kami berkaitan pasaran wearable untuk suku 1 2017, ia adalah satu penokokan sebanyak 2%.

Carta pai menunjukkan pasaran wearable (pegangan dalam %) untuk suku 1 dan 2 tahun 2017

Fitbit turut mengalami peningkatan pegangan pasaran dengan kenaikkan sebanyak 4%. Namun, Apple telah kehilangan pegangan pasaran sebanyak 2%.

Samsung dan Garmin masing-masing memiliki 5% pegangan pada suku sebelumnya. Namun pada suku ini, ia telah masuk ke bahagian “Lain-lain”, mencadangkan kedua-dua mereka mengalami penyusutan.

Tidak menghairankan prestasi Xiaomi ini jika dibandingkan dengan produk pesaing yang berharga berlipat kali ganda, lihat saja pada harga Mi Band 2 berbanding Apple Watch Series 2. Apple pula menyusut dek kerana tiada wakil produk dalam segmen mampu milik.

[Sumber: Strategy Analytics]

Apa komen anda?