Video Ini Pasti Akan Membakar Jiwa Kebangsaan Anda

Share Button

Esok adalah hari ulang tahun kemerdekaan negara kita ke-60. Tema Negaraku Sehati Sejiwa dicanang sebagai tema tahun 2017 untuk mengingatkan rakyat bahawa menggapai kemerdekaan bukanlah mudah.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan esok, kami himpunkan iklan merdeka untuk tahun 2017 untuk anda.


Digi

Perpaduan bukan hanya sepakat atau bermuafakat. Walaupun dipisahkan daripada segi bahasa, pakaian, dan budaya, yang menyatukan kita adalah kecintaan kepada negara Malaysia.


Celcom

Seorang cikgu datang dari luar negara untuk mengajar, tanpa disangka dia pula diajar. Malaysia, walau siapa pun kita, semuanya dilayan seperti keluarga. Iklan ini diinspirasikan daripada kisah benar.


Malaysia Airlines

Hargai pengorbanan sesiapa sahaja kerana disebabkannya kita boleh keluar daripada kepompong kemunduran untuk maju.


Maxis

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Di Malaysia, walaupun tiada salji, kita ada kepelbagaian flora dan fauna tau!


MRCB

Seorang anak jati pulang ke tanah air selepas puluhan tahun meninggalkannya. Dia disatukan dengan teman-teman sepermainannya kecuali seorang…


Petronas

Kalau kita menyerah kalah sekarang, seumur hidup kita akan kalah. Penampilan khas Rashid Sidek dan Foo Kook Keong.


Namewee

Ali, AhKao, dan Muthu kawan selamanya satu hati satu jiwa. Penampilan khas oleh Dato’ David Arumugam.

Apa komen anda?