Valve perkenal sistem permainan baru DotA dalam Artifact

Share Button

Dalam sibuk kemeriahan pertandingan The International 7 (TI7) berjalan, tiba-tiba muncul satu pengumuman tentang permainan baru. Masuk hari ke-2 pertandingan TI7 semalam, Valve mengumumkan kemunculan permainan baru yang akan datang, dikenali sebagai Artifact.

Artifact adalah sebuah permainan kad digital berasaskan Dota 2. Terdapat tiga jenis papan permainan yang mewakili barisan. Pemain akan mengawal 5 hero seperti di dalam Dota 2. Banyak kawalan seperti dalam Dota 2 juga akan terdapat di dalam Artifact.

Malangnya, tiada video atau sebarang gambar tentang Artifact diperlihatkan kepada orang ramai, melainkan satu video trailer yang memaparkan batu berwarna-warni terbang menjadi logo Artifact. Seperkara lagi, permainan ini akan mula dilancarkan pada tahun 2018.

Sumber rasmi terdekat untuk permainan ini adalah di twitter @PlayArtifact. Ia nampaknya telah menulis dan menjawab beberapa soalan. Mungkin anda juga boleh bertanyakan sebarang soalan di sini.

[SUMBER: Polygon]

Apa komen anda?