TV Futuristik Sony Ini Canggih Betul Hingga Tak Perlukan Speaker

Share Button

Sony A1 HDR OLED TV adalah televisyen flagship Sony yang sarat dengan teknologi terkini daripada mereka. Salah satunya adalah TV ini tiada speaker. Ya, TV ini tidak menggunakan speaker konvesional.

Teknologi Acoustic Surface menukarkan seluruh permukaan panel paparan menjadi sebuah diafragma gergasi seperti yang ada pada speaker biasa. Pada belakang TV itu, terdapat dua unit motor elektrik yang akan menggegarkan panel paparan untuk menghasilkan bunyi.

Boleh rasa gegaran pada permukaan TV

Untuk bunyi dalam kategori bass, terdapat sebuah bass tersembunyi dibelakang TV untuk menghasilkan bunyi berfrekuensi rendah. Hasilnya, bunyi yang terhasil lebih jelas, nyata dan terus menghala ke penonton.

Dek penggunaan panel OLED, tiada backlight diperlukan pada TV ini. Pengguna dapat melihat penghasilan julat warna hitam dan putih yang lebih lebar.

Ketebalan panel OLED berbanding sebatang pen

Siri Bravia A1 HDR OLED TV adalah sebuah Android TV. Ia bermakna, anda boleh menikmati teknolgi Chromecast yang memberikan lebih banyak sumber multimedia terus ke ruang tamu.

Sony Bravia A1 HDR OLED TV hadir dalam saiz 55″ dan 65″. Mereka dijual pada harga masing-masing RM16,999 dan 29,999. Promosi yang sedang berlangsung adalah dengan pembelian mana-mana TV OLED Sony, anda akan beroleh sebuah PS4 Pro secara percuma.

Di MidValley daripada 9 Ogos hinggalah 13 Ogos ada sebuah pameran Sony di bahagian tengah pusat beli belah itu. Jika anda ingin merasai kehebatan TV Sony, silalah berkunjung ke sana atau layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?