Top of the Lake: China Girl disiar ekslusif di BBC Player

Share Button

BBC Player merupakan salah satu penyedia kandungan video atas permintaan (video on-demand, VOD) yang boleh ditonton di Malaysia. Selaku sebahagian dari keluarga besar BBC, BBC Player kini membawakan siri yang memenangi anugerah Primetime Emmy Awards 2013, Top of the Lake secara ekslusif di platformnya.

Kembali di musim kedua, siri ini kini membawakan tajuk Top of the Lake: China Girl. Sambungan kisah triller ini dibintangi oleh pelakon popular antarabangsa seperti Nicole Kidman, Elisabeth Moss (Mad Men), Gwendoline Christie (Game of Thrones) dan ramai lagi.

Siapakah pembunuh wanita China misteri ini?

Top of the Lake: China Girl adalah sebuah kisah jenayah misteri, di mana detektif Robin Griffin (Elisabeth Moss) yang cuba membina hidup baru di Sydney. Satu hari, sebuah mayat ditemui di tepi pantai dengan petunjuk kepada pembunuhnya sehinggalah beliau mengetahui wanita China ini tidak mati keseorangan.

Detektif Robin berusaha menyelesaikan masalah ini, tetapi beliau masih dihantui masalah peribadi. Tetapi siasatan kes ini bukan sahaja membawa beliau kepada sisi paling gelap bandar ini, tetapi juga rahsia di dalam hati beliau.

Adakah pembunuh di kalangan mereka?

Siri 6-episod Top of the Lake: China Girl kini boleh ditonton secara eksklusif di BBC Player. Ia boleh diakses percuma oleh pengguna jalurlebar TM yang melanggan HyppTV pek Jumbo. Selain BBC Player, pelanggan pek Jumbo HyppTV juga boleh menonton saluran BBC seperti BBC First, BBC Brit, BBC Earth, BBC Lifestyle, CBeebies dan BBC World News. Siri popular, Dr Who musim ke-10 juga boleh ditonton kini.

Aplikasi mudah alih BBC Player boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Ia juga boleh ditonton menerusi lamanweb www.bbcplayer.com. Siri ini boleh dimuat turun di dalam aplikasi dan ditonton tanpa internet sehingga 30 hari.

Apa komen anda?