TM Tutup Perkhidmatan Internet Dail-Up Oktober Ini

Share Button

Masih ingat bunyi modem mendail untuk menyambung ke internet sebelum zaman Streamyx? Perkhidmatan mendail untuk ke internet daripada TM akan ditamatkan perkhidmatannya Oktober ini.

Selain perkhidmatan dail-up TM Net, Malaysia juga memiliki penyedia seperti Jaring dengan perkhidmatan Jaring 1515. Untuk pengguna korporat, perkhidmatan ISDN seperti 1525 memberikan kelajuan sepantas 128kbps.

TM amat menyarankan pelanggannya yang masih menggunakan perkhidmatan seperti 1515, 1525, dan EZnet 1315 untuk berhijrah ke perkhidmatan jalur lebar (broadband) ataupun LTE yang lebih efektif kos dan hadir dengan pelbagai nilai tambah seperti HyppTV.

Mereka boleh memilih sama ada:

  1. UniFi
  2. Streamyx
  3. webe

[Sumber: TM]

Apa komen anda?