Tiada kamera AES dipasang di Plaza Tol

Share Button

“Tidak ada kamera AES akan dipasang di mana-mana plaza tol. Khabar angin itu tidak benar.”

Demikian dijelaskan oleh wakil Kementerian Pengangkutan dalam maklum balas mereka kepada akhbar TheStar. Jawapan ini diberikan kerana mesej dari WhatsApp yang tular baru-baru ini.

Dalam mesej WhatsApp tersebut, dikatakan kamera AES akan dipasang di plaza tol, untuk menangkap pemandu yang menggunakan telefon pintar atau tidak memakai tali pinggang keledar. Saman akan dikeluarkan jika gambar pemandu ditangkap melakukan kesalahan tersebut.

“Kamera AES dipasang untuk menangkap pemandu yang memandu melebihi had laju, serta yang melanggar lampu trafik merah sahaja.” tambah wakil kementerian tersebut.

Ini satu lagi khabar angin yang tular tanpa pengguna memeriksa kesahihan berita tersebut. Ingat, jangan jadi ejen penyebar maklumat palsu atau berita fitnah. Silap-silap, kena jawab di mahkamah pula.

[SUMBER: TheStar]

Apa komen anda?