Telefon percuma sempena promosi Merdeka Celcom FIRST

Share Button

Celcom baru sahaja menambah dua lagi pelan ke dalam pascabayar mereka, FIRST Gold Supreme dan FIRST Platinum Plus. Ia menawarkan lebih banyak data dari pelan Celcom FIRST sedia ada.

Tetapi lebih menarik lagi apabila Celcom mengumumkan pemberian telefon pintar percuma untuk yang mendaftar kontrak pelan bersama pelan FIRST Gold dan Platinum terpilih. Ia dibuat selari dengan sambutan Kemerdekaan ke-60 bulan ini.

Promosi ini dijalankan dari 16 Ogos sehingga 30 September 2017. Tiga pelan disediakan dengan telefon pintar percuma dalam tawaran ini iaitu pelan FIRST Gold Supreme (RM128/bulan), FIRST Platinum (RM148/bulan) dan FIRST Platinum Plus (RM188 sebulan).

Bagi pelanggan FIRST Gold Supreme, mereka layak untuk menerima secara percuma telefon pintar iPhone 6 32GB, Huawei Y6II atau Samsung Galaxy J3 Pro. Manakala pelanggan FIRST Platinum pula boleh memilih dari tiga telefon tadi, ditambah OPPO A77 dan OPPO A57.

Untuk FIRST Platinum Plus pula, selain 5 telefon dalam dua pelan sebelum ini, senarai pilihan mereka ditambah dengan Samsung Galaxy J7 Pro, HUawei P10 Lite, Vivo V5s dan Huawei P10. Menjadikan jumlah pilihan kepada 9 telefon. Malah, mereka juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy S8 atau S8+ dengan diskaun sehingga 55%.

Bagi menikmati tawaran telefon dari Celcom ini, pelanggan perlu mendaftar kontrak pelan selama 24 bulan, serta membuat bayaran pendahuluan. Bayaran pendahuluan ini berbeza mengikut model telefon serta pelan yang dilanggan, dan akan digunakan sebagai rebat di dalam bil bulanan.

Celcom juga menyediakan tawaran Celcom EasyPhone, di mana semua pelanggan Celcom boleh memiliki telefon pintar dengan mudah, secara ansuran bulanan dari serendah RM30 sebulan. Sehingga 30 model telefon pintar terbaru disediakan di dalam tawaran ini.

Langganan pelan Celcom FIRST dan promosi telefon pintar ini boleh didapati di mana-mana cawangan Blue Cube dan rakan niaga rasmi Celcom. Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk laman web www.celcom.com.my.

Senarai pelan pascabayar Celcom FIRST Gold dan Platinum

Apa komen anda?