Shopplus gabung kepakaran portal e-dagang Taiwan & Malaysia

Share Button

Berbekalkan kepakaran dari Taiwan, satu portal e-dagang baru dilancarkan di Malaysia. Shopplus menyediakan pengalaman membeli-belah yang baru buat rakyat Malaysia.

Di Shopplus, pembeli bukan sahaja dapat membeli barangan yang diingini, malah boleh berkongsi untuk mendapat ganjaran dan mata membeli-belah terus dari sistem. Lebih banyak rakan anda yang menyertai dan membeli-belah melalui rujukan anda, lebih banyak bonus yang akan diterima.

Ketua Pegawai Teknologi Shopplus, Cheng Chun Fu menjelaskan, Shopplus memiliki rebat bonus terhebat menerusi pulangan tiga lapisan hanya dengan membeli-belah. Kami berharap ini boleh melonjakkan industri e-dagang di Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Keunikan Shopplus dapat membantu mereka usahawan digital di Malaysia, dengan menyediakan platform dan khidmat seperti penyimpanan stok, pengiklanan, pemasaran, penghantaran dan khidmat pelanggan. Tiada platform e-dagang lain menyediakan sistem sebegini, tambah Cheng.

Shopplus menggabungkan kepakaran dari Taiwan dan Malaysia dengan konsep serba baru, bagi memberi lebih manfaat kepada pengguna di Malaysia. Ia juga memudahkan orang ramai di Malaysia, mendapatkan produk khas dari Taiwan tanpa perlu menunggu lama.

Portal e-dagang Shopplus boleh dilayari di alamat www.shopplus.com.my . Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi Facebook Shopplus, atau mendail nombor 03-61433212 dan emel service@shopplus.com.my.

Apa komen anda?