Senang betul menang hadiah dalam Digi Menang Bersama

Share Button

Untunglah pengguna Digi. Bermula dari 1 Ogos hingga 30 September, pengguna Digi berpeluang untuk menang pelbagai hadiah berjumlah RM5 juta, menerusi peraduan Digi Menang Bersama. Pengguna Pascabayar, Prabayar dan Broadband Digi layak untuk menyertai peraduan ini.

Peraduan ini diadakan untuk memberi lebih pendedahan kepada pengguna Digi, tentang aplikasi MyDigi. Aplikasi mudahalih MyDigi ini boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Playstore, menyediakan pelbagai info tentang nombor talian pengguna seperti penggunaan data, panggilan dan SMS. Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai tawaran eksklusif di dalam aplikasi, serta membuat pembelian pelan.

Untuk menyertai peraduan Digi Menang Bersama ini sangat mudah. Pertama, muat turun aplikasi MyDigi, dan daftar masuk menggunakan nombor telefon Digi anda. Kedua, paparan peraduan akan terkeluar, dan jawab soalan dengan betul. Ketiga, tekan Submit dan anda akan termasuk di dalam peraduan ini.

Selepas itu, anda hanya perlu melanggan pelan Digi seperti biasa, atau beli pelan internet tambahan. Setiap RM1 yang dibelanjakan, akan memberi anda satu mata kemasukan (entry). Contohnya pelanggan pelan Digi Postpaid 110, akan mendapat 110 mata kemasukan. Melanggan pelan prabayar Digi Internet RM30 pula, mendapat 30 mata kemasukan.

Terdapat dua jenis hadiah disediakan setiap minggu. Hadiah pertama berupa bonus internet 2GB selama 7 hari, untuk 50,000 pemenang. Hadiah kedua dan utama pula lebih bernilai, sebanyak 40 unit iaitu:

  • 2 x Huawei P10 (bernilai RM2,499)
  • 10 x Huawei P10 Lite (bernilai RM1,299)
  • 10 x Garmin Fenix 5 (bernilai RM2,899)
  • 10 x Sony PlayStation 4 Pro (bernilai RM1,799)
  • 8 x dron DJI Spark (RM2,288)

Sebanyak 50,040 pemenang dipilih setiap minggu, dari hari Isnin jam 12.00AM hingga Ahad jam 11.59PM. Pemenang dipilih pada setiap 60 kemasukan (entry). Jika terpilih, pemenang akan menerima SMS atau panggilan, dan perlu menjawab satu soalan dengan betul.

Pemenang bonus internet boleh menebus hadiah melalui URL khas yang akan diberikan. Manakala pemenang hadiah utama akan diumumkan setiap minggu di laman komuniti Digi, dan hadiah akan dihantar dalam masa satu bulan.

Nak tau apa yang paling best? Semua orang hanya boleh menang satu hadiah pada setiap nombor Digi yang dimiliki (boleh ada lebih dari satu nombor Digi), dan hadiah ini boleh dimenangi setiap minggu. Bermakna, jika bernasib baik, setiap minggu boleh menang telefon pintar Huawei P10!

Tak percaya? Cuba tengok gambar pemenang minggu pertama peraduan di atas ni. Semuanya senyum lebar.

Ingat, setiap minggu anda ada peluang untuk menang besar dalam peraduan Digi Menang Bersama. Maklumat lanjut boleh disemak di laman Digi Menang Bersama. Sambil tu, semak senarai nama pemenang setiap minggu di laman komuniti Digi.

Apa komen anda?