Samsung kekalkan Malaysia gelombang pertama Galaxy Note8

Share Button

Galaxy Note8 baru sahaja selamat dilancarkan di New York sebentar tadi. Berita yang lebih penting dari pelancarannya adalah, tarikh jualannya. Seperti biasa, Malaysia adalah yang terawal akan menerimanya.

Dalam majlis pelancaran tadi, dimaklumkan Galaxy Note8 akan mula dijual di beberapa negara terpilih pada 15 September 2017. Tetapi untuk Malaysia, pra-tempahan akan dibuka lebih awal itu.

Samsung Malaysia menyatakan pra-tempahan akan dibuka dari 5 hingga 10 September 2017. Pakej khas pra-tempahan akan dibuka pada waktu ini, tetapi belum dinyatakan lagi apakah yang akan diberikan bersama. Jika melihat pada pra-tempahan Galaxy S8 dan Note7 sebelum ini, ia adalah pakej yang sangat berbaloi.

Tiada butiran lanjut diberikan seperti harga, pilihan warna dan storan yang akan dijual di Malaysia. Tetapi kita tahu Galaxy Note8 dilancarkan bersama 4 warna iaitu Midnight Black, Orchid Gray, Maple Gold dan Deepsea Blue.

Galaxy Note8 berwarna Deepsea Blue

Maklumat lanjut tentang pra-tempahan ini akan terdapat di www.samsung.com/my/note8preorder. Sementara itu, kena tunggu pengumuman lanjut dari Samsung Malaysia.

Apa komen anda?