Samsung Galaxy S7 Edge Pun Terima Harga Runtuh

Share Button

Semalam kami laporkan yang Samsung Galaxy S8 terima potongan harga sehingga RM701. Hari ini kami nak berkongsi yang varian termahal Samsung Galaxy S7 Edge telah dipotong harga sehingga RM900! Galaxy S7 Edge versi 128GB kini boleh dibeli pada harga serendah RM2,499.

Ia menurut satu senaraian di Lazada. Galaxy S7 Edge varian 32GB kini berharga RM1,998, seperti yang disenaraikan oleh penjual yang sama.

Selain itu, DirectD turut memberi diskaun untuk produk yang sama. Mereka menjual Galaxy S7 Edge (128GB) pada harga RM2,599 atau RM800 lebih murah daripada harga rasmi.

Samsung Galaxy S7 Edge (128GB) for RM2599 ONLY. Normal selling price RM3399!

Key features:
5.5 QUAD HD display, 4GB…

Posted by Directd Gadget Mega Store – Federal on Monday, August 7, 2017

Galaxy S7 adalah flagship Samsung untuk tahun 2016. Ia menggunakan cip Exynoss 8890 Octa bersama-sama RAM 4GB. Teleon dengan dua slot SIM ini memiliki 1 slot mikro SD hibdrid untuk memperluas storan.

Bahagian yang menerima pujian ramai pengguna adalah komponen optikalnya. Ia memiliki sistem autofokus dual piksel yang amat pantas. Digandingkan pula dengan sensor 12MP F1.7, kamera utama pada Galaxy S7 Edge adalah antara yang terbaik setakat ini.

Satu lagi ciri yang menarik adalah ia kalis debu dan air pada taraf IP68 dan memiliki bateri bateri 3,600mAh, antara yang terbesar dalam kalangan telefon kelas flagship Samsung.

Apa komen anda?