Rangkuman Khabar Angin Galaxy Note8 Setakat Ini

Share Button

Samsung Galaxy Note8 akan dilancarkan pada 23 Ogos ini di New York. Sudah lama telefon ini berlegar-legar dalam kincir khabar angin seluruh dunia dan pelbagai spekulasi tentangnya sudahpun tersebar.

Walaupun tiada maklumat rasmi diterbitkan, kita boleh beranggapan bahawa Note8 akan memiliki banyak persamaan dengan Galaxy S8/S8+.Anda akan menemui cip Exynos 8895 dengan RAM sekurang-kurangnya 6GB serta storan dalaman 64GB.

Ini adalah himpunan khabar angin yang telah di-hint-kan oleh Samsung ataupun telah terbocor.


Galaxy Note8 Telefon Pertama Samsung Yang Miliki Kamera Berkembar

Trend kamera berkembar bukanlah sesuatu yang baru. Ia adalah penyelesaian yang paling munasabah untuk mencapai julat zum yang luas tanpa memerlukan mekanisme pengezuman yang boleh menambah tebal peranti.

Untuk kes Note8, Samsung akan menggunakan modul kamera hasil tangan mereka sendiri berbanding sensor IMX333 yang sedia digunakan pada siri S8. Sensor baru ini memberikan pengezuman sehingga 3X, HDR yang lebih baik, dan juga pensabil imej optikal (OIS) sehingga 3-stop.

Walau bagaimanapun, melalui sekeping brosur yang terbocor, Note8 memiliki kemampuan pengezuman optikal 2X.


Teknologi S-Pen Yang Ditambah Baik

Samsung juga telah berkongsi video teaser berkaitan S-Pen. Menggunakan moto “Do Bigger Things”, Note8 akan memberikan kanvas digital yang lebih besar untuk S-Pen berlegar-legar di permukaan skrin.

Paparan Infinity Display

Pertama kali diperkenalkan pada Samsung Galaxy S8, teknologi Infinity Display akan turut digunakan oleh Note8. Hal ini bermakna nisbah resolusi 16:9 pada Note7 akan diperluas kepada 18.5:9. Ia menyebabkan pengimbas cap jari terpaksa dipindahkan ke bahagian belakang, disebelah modul kamera.

Infinity Display meminimumkan bingkai untuk berikan pengalaman multimedia yang lebih baik. Ia membolehkan Samsung menghasilkan telefon dengan paparan yang lebih besar tapi menggunakan badan yang kecil.


Note8 Dijual Dalam 4 Warna

Note8 akan menggunakan bateri sebesar 3,300mAh yang dicas melalui port USB-C ataupun wayarles. Empat warna Note8 dipastikan setakat ini iaitu Midnight Black, Maple Gold, Orchid Grey, dan Deep Sea Blue.

Note8 dalam warna Midnight Black dan Maple Gold

Note8 dalam warna Deep Sea Blue


Kami akan memberikan liputan terus daripada tapak acara pengumuman pada Rabu ini. Teruskan bersama kami di saluran Facebook untuk maklumat terkini.

[Sumber: Ausdroid, SammobileVentureBeat]

 

Trackbacks

  1. […] perlu dilakukan Samsung untuk menjadikan Harga RM4,000 sesuai dengan Galaxy Note8? Setakat ini, khabar angin menyatakan ia akan datang dengan cip yang sama dengan Galaxy S8 iaitu Snapdragon 835 atau Exynos 8895, RAM […]

Apa komen anda?