Promosi Merdeka potong harga telefon pintar Neffos

Share Button

Bulan Ogos dan September disambut rakyat Malaysia sebagai bulan kebangsaan di mana jatuhnya Hari Merdeka (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September). Neffos, jenama telefon pintar oleh TP-Link mahu menghangatkan lagi sambutan kedua-dua bulan ini dengan promosi Merdeka.

Dari sekarang hingga 30 September 2017, Neffos Malaysia memberi diskaun sehingga RM100 untuk pembelian telefon pintar siri-X dan siri-C. Malah, Neffos turut menyediakan jaminan selama 2 tahun untuk kedua-dua siri telefon pintar ini.

Khas untuk pembeli telefon pintar Neffos siri-X, nikmati rebat tambahan RM100 dengan membawa apa jua telefon pintar lama tidak mengira keadaan dan situasi, ke mana-mana stor Neffos di seluruh negara. Jaminan gantian skrin satu kali dalam masa 12-bulan juga boleh didapati untuk pembeli siri-X, dengan bayaran RM1 sahaja.

Senarai model dan harga promosi adalah seperti berikut:

  • Neffos X1 MaxRM899 (harga asal RM 999)
  • Neffos X1RM599 (harga asal RM 699)
  • Neffos C5 MaxRM499 (harga asal RM 599)
  • Neffos C5RM399 (harga asal RM 469)
  • Neffos C5LRM299 (harga asal RM 359)

Pembeli telefon pintar Neffos juga dijamin pertukaran telefon satu-ke-satu jika tidak boleh lagi dibaiki, dalam masa tiga bulan selepas pembelian.

Promosi Merdeka Neffos ini boleh didapati dari stor Neffos di seluruh negara, atau menerusi stor rasmi Neffos di Lazada. Maklumat terkini tentang promosi boleh dirujuk di Facebook Neffos Malaysia.

Nur Fazura, duta telefon pintar Neffos Malaysia

Apa komen anda?