Potongan harga laptop MSI sempena TI7 Pubstomp

Share Button

Sempena pertandingan Dota 2 The International 7 (TI7) yang sedang berlangsung sekarang, MSI bekerjasama dengan Harvey Norman untuk membawakan tontonan langsung TI7 di Malaysia.

Pada 11 dan 12 Ogos bertempat di Soutch Court Mid Valley, TI7 Pubstomp akan diadakan dan terbuka kepada orang ramai. Tetapi sebaiknya daftarkan dulu tempat untuk memastikan anda menerima cenderahati. Pendaftaran boleh dibuat menerusi Facebook Event MSI x Harvey Norman TI7 Pubstomp.

Makanan dan minuman disediakan sepanjang masa, tetapi terdapat bean bags terhad disediakan, yang diberikan kepada mereka yang mendaftar lebih awal.

Selain acara Pubstomp ini, MSI turut mengadakan promosi khas laptop gaming keluarannya. Beberapa model laptop diberikan diskaun yang hanya boleh didapati di sini.

Diskaun sehingga RM1,900 ditawarkan untuk model terpilih. Antara model yang diberikan diskaun adalah GE72VR, GE72, GE62, GP62MVR, GP72 dan GP62. Harga laptop dalam tawaran ini dari serendah RM3,299 hinggalah RM6,299 selepas diskaun.

MSI turut melancarkan model baru, GE63VR dan GE73VR Raider di lokasi yang sama. Pra tempahan kini dibuka untuk kedua-dua laptop ini, yang turut memberikan tetikus gaming MSI Clutch GM70 bernilai RM650 secara percuma.

Jom sama-sama sertai kemeriahan pertandingan TI7 bersama MSI dan Harvey Norman di Mid Valley Megamall, pada 11 dan 12 Ogos 2017. Sambil tu, pandu uji laptop MSI yang ada. Mana tau jika ada yang berkenan, boleh masuk meminang.

Apa komen anda?