Polis Larang Dron Di Semua Venue KL2017

Share Button

Kurang seminggu daripada sekarang, Sukan SEA 2017 (KL2017) akan berlangsung di Kuala Lumpur. Antara persiapan yang sedang berjalan adalah aspek keselamatan sepanjang acara sukan tersebut. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan dron tanpa kebenaran di venue KL2017 adalah dilarang.

DJI Spark

Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan sepanjang KL2017 berjalan kerana masih tiada cara yang optimum untuk mengawal selia penggunaan dron dalam kalangan orang awam.

Organisasi media yang masih memerlukan bahan visual daripada udara walau bagaimanapun masih boleh memohon kebenaran Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan kemudian memaklumkan kepada Unit Udara PDRM sebelum menerbangkannya.

Akses dron yang menjadi semakin mudah pada hari ini menyebabkan semakin ramai orang awam menceburkan diri dalam dunia dron. Ada juga antara mereka yang menjadikannya sebagai mata pencarian.

DJI Mavic Pro

[Sumber: Berita Harian]

Apa komen anda?