Perhubungan profesional lebih ringan dengan LinkedIn Lite

Share Button

LinkedIn adalah salah satu jenis media sosial seperti Facebook, tetapi ia khusus untuk pengguna profesional berhubung dalam talian. Untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, LinkedIn Lite kini dilancarkan dan boleh mula digunakan.

LinkedIn Lite diperkenalkan buat pertama kalinya di India, kini telah dibuka kepada lebih 60 negara termasuk Malaysia, Filipina dan Indonesia di Asia Tenggara. Terdapat lebih 22 juta pengguna LinkedIn di Asia Tenggara, dengan Indonesia mendahului sebanyak 8 juta pengguna, 4 juta di Filipina dan Malaysia 3 juta pengguna.

LinkedIn Lite adalah versi yang lebih ringan, di mana saiz fail pemasangannya di Android tidak sampai 1MB. Ia juga kurang menggunakan data berbanding versi penuh, membolehkannya digunakan walaupun dengan rangkaian 2G sahaja.

Tetapi disebabkan keringanannya, beberapa fungsi tidak terdapat di dalamnya. LinkedIn Lite boleh diakses di laman web, ataupun menerusi aplikasi mudah alih Android. Ia memiliki fungsi utama seperti newsfeed, profil, networks, permesejan dan notifikasi.

Dengan akses yang lebih mudah, LinkedIn akan membuka ruang yang lebih besar bukan sahaja kepada profesional untuk berhubung, malah peluang mencari pekerjaan serta buat pelajar mencari tempat untuk bekerja di masa depan.

Muat turun aplikasi LinkedIn Lite untuk Android di sini, dan layari laman web www.linkedin.com untuk maklumat lanjut.

Senarai negara yang boleh menggunakan LinkedIn Lite

Apa komen anda?