Pemenang utama Celcom Game Hero bolot wang tunai RM417 ribu

Share Button

Dengan meluangkan masa bermain game di telefon pintar, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit. Game yang dimaksudkan adalah Sky Invasion 3D, game pertama dalam siri pertandingan Celcom Game Hero.

Pusingan akhir Sky invasion 3D telah diadakan pada hari Selasa lepas, 22 Ogos 2017 yang mengumpulkan 10 pemain terbaik. 10 pemain terbaik ini dikumpulkan selepas 4 bulan permainan ini diadakan.

Bagaimanapun, hanya dua pemain yang berjaya melepasi jumlah markah yang ditetapkan penganjur, sekaligus membolot hadiah wang tunai yang disediakan.

Ahmad Fazli, seorang pramugara daripada Seremban, membawa pulang hadiah utama sebanyak RM417,500. Manakala tempat kedua disandang oleh Mohd Farhan, menerima wang tunai sebanyak RM317,500.

Kedua-dua mereka menerima hadiah ini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Dato’ Jailani Johari. Beliau turut berbesar hati untuk menyampaikan hadiah ini kepada Ahmad Fazli dan Mohd Farhan.

Dato’ Jailani mencuba permainan Se7en Gear

Pertandingan Celcom Game Hero ini belum berakhir, kerana peringkat kedua telahpun bermula. Permainan tembak menembak dalam Sky Invasion 3D, kini digantikan oleh Se7en Gear, sebuah permainan perlumbaan arked 3D di jalanraya.

Menggunakan format pertandingan yang sama seperti sebelumnya, Se7en Gear yang dihasilkan oleh Techninier menyediakan lapan peringkat kemahiran. Permainan ini telahpun bermula sejak 2 Julai dan akan berjalan selama 4 bulan.

Penyertaan hanya terbuka kepada pengguna Celcom dan Xpax sahaja. Mereka yang berminat untuk menyertai, boleh memuat turun permainan Se7en Gear di Apple Appstore dan Google Playstore. Langganan mingguan sebanyak RM3 juga akan dikenakan kepada pemain, sehingga tamat pertandingan.

Pemain akan memulakan permainan dengan sebuah kenderaan, kemudian menerima lebih banyak kenderaan dan perkakas menaik taraf kenderaan sepanjang permainan. Tetapi Se7en Gear turut menyediakan pembelian dalam permainan, bagi mereka yang mahu berbelanja lebih bagi menaik taraf kenderaan dengan cepat.

Hadiah berjumlah RM500,000 disediakan dalam pelbagai bentuk. Hadiah utama adalah kereta BMW 3-series, Honda Jazz dan juga Perodua Bezza. Hadiah-hadiah lain pula adalah seperti telefon pintar iPhone 7 Plus, Samsung Galaxy S8, Apple Watch, Samsung Gear S3, OPPO R9s Plus serta wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Pemain terbaik akan dicari dalam tempoh empat bulan pertandingan ini dijalankan. Kemudian mereka akan dipanggil untuk berentap dalam pusingan akhir bagi memenangi hadiah yang disebutkan di atas tadi.

Adakah anda bersedia untuk menjadi pelumba Se7en Gear? Maklumat lanjut tentang pertandingan seperti syarat, kelayakan dan hadiah, boleh dirujuk di laman web www.gamehero.my.

Apa komen anda?