Pelan Baru Digi Ini Beri 24GB Data Pada RM50/Bulan Tapi…

Share Button

Data terbahagi kepada 12GB data hari biasa dan 12GB data hari minggu. Itulah antara ciri pelan Digi Postpaid Family yang diperkenalkan Digi. Ia hadir dalam dua varian iaitu Digi Postpaid Family 150 (DPF150) dan Digi Postpaid Family 250 (DPF250).

Kedua-dua pelan memberikan panggilan tanpa had dan 300 SMS percuma kepada semua penyedia perkhidmatan. Setiap talian yang berada dalam kelompok itu juga menerima akses iflix percuma selama 60 hari serta ruang storan awan seluas 100GB.

DPF150 memberikan 2 subtalian percuma manakala pelan yang lebih atas memberikan 4 subtalian percuma. Subtalian tersebut boleh menggunakan kuota data Internet daripada talian prinsipal iaitu sebanyak 60GB (DPF150) atau 120GB (DPF250).

Salah satu ciri menarik pada pelan keluarga Digi adalah kebolehan untuk mengagihkan kuota ikut keselesaan kepada setiap subtalian. Misalnya, ayah ingin mengehadkan akses Internet subtalian anaknya dengan memperutukkan 1GB data saja untuk sebulan.

Untuk senario pembahagian kuota sama rata antara subtalian, jika anda melanggan sama ada DPF150/DPF250 kos untuk setiap talian adalah RM53 termasuk GST.

Maka, untuk RM53/bulan, anda menerima 300 SMS, panggilan tanpa had, serta 24GB (12BG+12GB) untuk DPF150 atau 20GB (10GB+10GB) untuk DPF250

Kalau quota masih tak cukup, anda masih boleh membeli kuota pada harga serendah RM15.

Satu lagi pelan yang perlu anda pertimbangkan adalah Digi Postpaid Infinite. Untuk menikmati kuota tanpa had, anda boleh melanggan Digi Postpaid 150 Infinite. Ia turut membenarkan anda menggunakan fungsi hotspot untuk berkongsi capaian Internet anda.

Kesemua pelan dalam artikel ini ditawarkan untuk waktu terhad, anda perlu bergegas jika anda berminat  melanggannya. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi produk.

Apa komen anda?