MESL Liga Dota 2 terbesar di Malaysia dengan hadiah RM500,000

Share Button

Mineski Events Team (MET) baru sahaja selesai mengadakan perlawanan The Legends Circuit minggu lepas, hari ini mereka menyambung lagi acara eSukan yang lebih besar. Dengan hadiah berjumlah RM500,000, Malaysia Esports League (MESL) dilancarkan hari ini.

MESL merupakan liga eSukan DotA 2 yang paling besar di Malaysia. Liga ini dijayakan dengan sokongan dari U Mobile dan Logitech G sebagai penaja, bersama eGG Network dan Twitch.tv sebagai rakan media penyiaran.

Ohaiyo (kiri sekali) dan Mushi (kanan) bersama di majlis pelancaran MESL

Liga MESL akan dimulakan pada 2 September 2017, dengan pusingan kelayakan akan diadakan di seluruh Malaysia meliputi Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. 16 pasukan terbaik dalam pusingan kelayakan ini akan bersaing pula dalam peringkat kumpulan selama 3 bulan.

8 pasukan teratas dari peringkat kumpulan akan bersaing dalam pusingan akhir untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Bukan ini sahaja, U Mobile turut menyediakan hadiah tambahan RM50,000 jika pemenang utama merupakan pengguna aktif talian U Mobile.

Pecahan hadiah terkumpul RM500,000 tidak termasuk hadiah khas RM50,000

Semua pertandingan dari peringkat kumpulan sehingga peringkat akhir, akan disiarkan seca langsung menerusi saluran eGG Network dan Twitch.tv . Siaran eGG Network boleh ditonton percuma menerusi aplikasi Astro GO, di mana pengguna U Mobile tidak perlu risaukan kuota kerana Video-Onz menyediakan data khas untuk Astro GO.

Tidak dilupakan buat semua pengguna prabayar U Mobile, mereka berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah sepanjang pertandingan ini. Setiap bulan  dari 1 september hingga 31 Disember 2017, hadiah seperti komputer ASUS ROG GL702VM, papan kekunci Logitech G910, set kepala Logitech G633, tetikus Logitech G502 dan kod steam RM50 boleh dimenangi.

Untuk menang, pengguna perlu mendaftar dengan menghantar SMS FTW ke 28139. Kemudian langgan pelan yang terlibat untu mengumpul mata. 32 pengguna dengan mata tertinggi akan dipilih sebagai pemenang. Pelan dan mata yang diberikan adalah seperti berikut:

  • UMI 20 – 1 mata
  • UMI 30 – 2 mata
  • UMI 50 – 5 mata
  • Game-Onz 18 – 1 mata
  • Game-Onz 50 – 5 mata
  • Game-Onz 70 – 10 mata

Kepada pemain DotA 2, ini peluang anda untuk mengembangkan bakat sukan anda Mungkin ia batu loncatan ke arah The International. Buat peminat eSukan, mari sama-sama meriahkan lagi eSukan di Malaysia.

Maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh dilayari di laman web www.mesl.my.

Trackbacks

  1. […] mempamerkan bakat mereka, terutama melalui permainan DotA 2. U Mobile baru sahaja mengumumkan Malaysia Esports League (MESL) yang menyediakan hadiah berjumlah RM500,000. Perkara ini turut akan diadakan oleh Celcom, […]

Apa komen anda?